Emir El Tamir: Bab 36

21.7K 990 59
                                    

DERINGAN telefon membangunkan Airis daripada tidur yang lena. Luar tingkap dipandang sekilas, masih belum cerah. Masih Subuhkah?

Baru teringat dengan deringan telefon yang masih menjerit minta diangkat, dia buka lampu meja di sebelah katil sebelum panggilan tersebut diangkat dalam keadaan mamai.

"Assalamualaikum."

Terus matanya segar. Pantas dia duduk dengan tegak apabila dia kenal dengan suara yang dirindui selama ini.

"Aifel," panggil dia.

Air matanya turun laju sama rentak dengan jantung yang mengepam darah dengan sangat laju. Dia tekup mulutnya supaya Emir tidak mendengar tangisannya.

"Benci sangat kau dengan aku sampai kau taknak jawab salam aku. Tak apa," sayu sahaja kedengaran suaranya.

"Emir," panggil aku dalam nada yang perlahan.

"Yes, Aifel. It's been 7 months, hasn't it? Do you miss me?" tanya Emir.

"Kenapa baru sekarang awak call saya?" tanya Airis dengan bibir yang bergetar.

"I'm sorry. Aku sibuk sangat dekat sini," jawab Emir.

Airis angguk walaupun Emir tidak dapat melihat tingkahnya sekarang.

"Kau tak jawab soalan aku lagi. Do you miss me Aifel? Hm?"

Airis pejam mata mendengar suara lembut Emir apabila bercakap dengannya. Andai kami boleh berjumpa sekarang juga, pasti dialah manusia paling bahagia di muka bumi.

"I do miss you Emir. So much. It's so frustrating without you here," jawab Airis jujur.

Terdengar tawa kecil Emir. "Seharusnya kau percayakan aku berbanding orang lain, Aifel. Kita tak akan jadi macam ini kalau kau pilih untuk percayakan aku." 

"Saya dah tahu semuanya Emir. Razique dah beritahu saya segalanya. Saya minta maaf sebab tak percayakan awak. Bila awak nak balik? Kenapa awak pergi jauh-jauh?" Esakan semakin kuat.

"Don't cry. I'm not there to wipe your tears," ujar Emir. Dia cuba untuk memujuk Airis.

"Jadi, awak baliklah sini, tolong tenangkan saya. Saya taknak benda lain selain awak dekat sini," rayu Airis. Posisi duduk dibetulkan, kali ini dia bersandar pada kepala katil.

"Tak boleh, Aifel." Terdengar Emir mengeluh.

"Kenapa? Awak dah tak sayang saya ke Emir?" Malu tapi terpaksa dia utarakan soalan itu!

Sekali lagi dia tertawa di hujung sana. "Kau masih Aifel aku yang comel."

Hati berbunga-bunga. 'Aifel aku'

"Aku ada banyak tanggungjawab dekat sini. Aku tak boleh balik sana, dan aku tak dapat nak bahagikan masa untuk kau," sambungnya lagi.

"Bukan sebab awak benci saya? Saya tahu saya dah sakitkan hati awak, saya minta maaf." Airis sebik.

"Aku tak pernah bencikan kau. Aku cuma benci keputusan yang kau dah buat. Sampai hati kau batalkan pertunangan kita," balas Emir.

Airis diam lama.

"Aifel.." tiba-tiba dia memanggil wanita itu dengan ton suara mendayu-dayu.

"Ya," jawab Airis sepatah.

"Aifel aku," panggilnya meleret. Airis gulingkan mata, mulalah itu dia nak mengusik.

"Ya saya. Baby Mirel ini nak apa?" soal Airis dengan sengihan malu.

Dia menghamburkan tawa sebelum dia kembali senyap.

"Jangan sampai surat daripada Syamil itu dapat dekat tangan kau," pinta dia.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now