Emir El Tamir: Bab 28

22.3K 1.2K 65
                                    

SUDAH hampir sebulan dia menyandang status tunangan Emir. Tapi sekarang jarang sekali encik tunang menghubunginya kerana terlalu sibuk dengan kerja.

"Kau dah kenapa macam orang mati kutu ini?" soal Raihana ketika kami duduk santai di atas pangkin yang disediakan di kawasan kolej. Sengaja mengambil angin pada waktu petang macam ini.

Airis hanya mampu membalas dengan keluhan. Sedikit kecewa dengan Emir yang tiada langsung inisiatif untuk berjumpa dengannya.

"Kau rindu tunang kau ke?" duga Raihana lagi memecahkan kesunyian antara mereka. Mana tidaknya, dia dah macam berkomunikasi dengan orang bisu.

"Dia sibuk. Buat apa aku nak rindu dia," jawab Airis lemah.

"Cakap pasal tunang kau, aku dah lama tak nampak kau keluar dengan dia. Lagi-lagi sejak abang Emir dah mula kerja ini kan? Syamil yang selalu call aku malam waktu nak tidur aje pun aku rasa diabaikan. Apatah lagi kau kan?" seloroh Raihana.

"Kau sengaja nak pancing emosi aku kan?" Airis menolak lembut Raihana di sebelah.

"Kenapa tak kau je yang call atau mesej dia? Junjunglah ego itu tinggi-tinggi. Entah-entah, ada pekerja senior yang cantik dekat office abang Emir itu tengah ambil hati dia." Provokasi Raihana membuatkan kening Airis bercantum.

"Asal kau ini? Sepatutnya, lelaki yang kena cari dulu, bukan perempuan. Kalau asyik aku yang terkinja-kinja mesej dia, kau tak rasa nanti Emir akan rimas?" Airis mula berburuk sangka.

"Tak salah kalau kau terkinja-kinja dekat tunang sendiri."

Airis mencebik mendengar balasan Raihana.

Dia membuang pandangan jauh ke hadapan. Sedang dia ralit menikmati pemandangan, tiba-tiba kelibat sebuah kereta Mercedes GT-Coupe muncul di hadapan mereka berdua. Raihana mencuit pinggang Airis.

Airis angkat kening tinggi. "Apa?"

"Panjang umur. Pujaan hati kau dah sampai! Mesti dia ada firasat tunang dia ini nak mengamuk jadi gorilla dah," ejek Raihana.

Pandangan Airis beralih ke arah Emir yang terpacul dari dalam kereta. Seperti diduga, lelaki itu baru pulang dari kerja.

Sengaja Airis tayangkan riak wajah kosong apabila Emir semakin menghampiri mereka. Terasa debaran di hati.

"Assalamualaikum," sapa Emir sejurus dia menapak tepat di hadapan Airis.

"Waalaikumussalam," sahut mereka berdua serentak. Airis mengerling ke arah encik tunang sekilas sebelum dia larikan pandangannya kembali. Mengelak untuk bertentang mata kerana dia tahu dia akan lemah dengan sepasang mata coklat Emir itu.

"Lama tak jumpa abang Emir. Abang Emir sekarang jarang nak datang sini sejak dah bekerja ini ya. Datang nak jumpa si tunang yang tengah merajuk ini ke?" Raihana tidak dapat tahan mulutnya.

Emir sengetkan kepala, memandang Airis dengan penuh kelembutan. "Princess saya ini merajuk dengan saya ke, Raiha?"

Raihana tayang lagak nak termuntah. "Princess apa garang macam ini? Princess Fiona ke?"

Airis jeling Raihana menggunakan ekor mata. Sesuka hati dia nak burukkan aku depan Emir!

"Aku datang nak culik tunang cantik aku ini kejap. Boleh?"

Permintaan Emir itu berjaya membuatkan Airis mengalihkan pandangan ke arahnya. Tepat menikam wajahnya yang dihiasi senyuman.

"Mestilah boleh, takkan tak boleh." Raihana menjawab bagi pihak Airis.

"Tak sibuk dah ke? Takut pulak kalau saya kacau waktu sibuk orang itu kan," pedas Airis menyindir.

Emir menggaru keningnya. "Betullah, memang merajuk. Faham."

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt