Emir El Tamir: Bab 45

22.8K 1.1K 64
                                    

PEKARANGAN masjid penuh dengan insan-insan yang terpenting dalam hidup Emir El Tamir dan Airis Felora. Hari ini hari penyatuan dua insan dengan personaliti yang berbeza dalam satu ikatan pernikahan. Dua jiwa namun berkongsi satu fikiran, dua hati namun berkongsi satu perasaan.

"Mir," tegur Syamil di belakang. Dia meletakkan tangannya di atas bahu Emir. Ada Aish Naufal, Zed Hazim dan Seth Rifqi juga.

Emir toleh sekilas ke arah mereka sebelum dia buang pandangannya jauh ke depan. Fikirannya sarat dengan tanggungjawab yang bakal dia pikul sekali lagi tidak lama lagi.

"Nervous ke Mir?" tanya Naufal dengan niat ingin mengusik kawannya.

"Tak. Ini bukan kali pertama," balas Emir senada. Mereka berempat berpandangan satu sama lain memahami maksud tersirat lelaki itu.

"Dah itu? Kenapa kau termenung dari tadi?" Hazim pula bertanya.

"Aku masih takut aku tak boleh jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dengan baik untuk Aifel. She's just... she's too perfect for someone imperfect like me, man." Emir raup mukanya.

"Kau tak perlu risau apa-apa Mir. Kitorang sebagai sahabat kau percaya yang kau boleh jadi suami yang baik untuk Airis. Bukan baik, malah yang terbaik dia pernah ada. Jangan hukum diri kau lagi, Mir. Enough is enough," bebel panjang Syamil selari tangannya sibuk membetulkan samping Emir. Nak jadi pengantin kenalah nampak kemas.

Emir angguk perlahan.

"Kau ingat kau pernah cakap apa dengan aku tak Mir?" celah Rifqi yang diam dari tadi.

Emir naikkan kening sebelah. "Apa dia? Banyak yang aku cakap selama aku hidup ini."

"Kau cakap Airis itu kiriman dari syurga. Kiriman dari syurga ini tak datang berkali-kali. Dia akan datang sekali seumur hidup untuk orang yang layak je. Jadi, aku cuma nak cakap kaulah insan terpilih untuk terima kiriman syurga itu," ujar Rifqi penuh dengan hikmah.

"Agak-agak kiriman syurga aku siapalah ya?" Naufal garu dagunya berkali-kali.

"Fal, kau betulkan dulu perangai kau yang macam menempah neraka ini baru kau fikir siapa yang dikirimkan syurga untuk kau," bidas Hazim pedas membuatkan Naufal berkerut habis.

Sudahnya, mereka semua galak mentertawakan Naufal yang cemberut macam budak-budak tak dapat mainan.

"Emir. Bila pengantin perempuan nak sampai ini? Mummy kamu dah risau sebab lambat sangat ini. Cuba call Airis," pinta satu suara garau di belakang. Dato' Adrian.

Emir capai telefonnya di dalam poket seluar sebelum nombor Airis didail. Beberapa deringan namun masih tak diangkat.

"Tak dapat? Biar aku cuba call Raiha. Diorang berdua sama-sama itu," selar Syamil sekali gus dia terus mendail nombor Raihana. Pun tak dapat.

Ha, sudah.

•••

"Raiha, kita dah lambat macam mana ini?!"

"Kereta aku tak boleh start Airis! Kau nak aku buat apa?!"

Mereka berdua menggelabah apabila mereka baru sahaja ingin bergerak ke masjid selepas Airis selesai berdandan, tiba-tiba kereta Raihana buat hal. Sudahlah mereka berdua sahaja yang berada di sini.

"Nak buat apa ini Raiha? Macam mana akad nikah nak berlangsung kalau pengantin perempuan lambat?! K-kalau Emir ingat aku taknak kahwin dengan dia macam mana?" Habis berpusu-pusu soalan keluar dari bibir Airis. Tak lupa juga betapa hebatnya dia menggoncang badan Raihana.

Raihana cuba menahan sabar di dada. Nasib baik kawan sendiri. Dia cuba mencari jika ada yang boleh membantu mereka sebelum dia ternampak sesuatu.

"Airis, mak andam kau tak pergi mana-mana kan?" tanya Raihana tiba-tiba.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now