Emir El Tamir: Bab 68 [Final]

31K 1.2K 123
                                    

Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka bakal menunaikan umrah sekeluarga. Airis membetulkan tudung hitam Elisea yang dipadankan dengan abaya hitam. Berperang jugalah dengan budak kecil ini nak pakaikan dia tudung.

"Mama, Cea dah tak tik cebab pakai udong ini. Cea cecak nafashlah pakai udong ini," omel si kecil.

"Tudung sayang bukan udong. Jangan nak berdrama dekat sini bukannya mama pin ketat sangat. Kalau pakai tudung Cea nampak lagi cantik dan ayu. Percayalah, nanti papa suka." Airis cuba memancing emosi budak kecil itu. Elisea memang manja dengan Emir jadi itu sahaja satu-satunya cara.

"Betul ke boypren  Cea cuka? Kalau boypren cuka, Cea pun cukalah kalau macam itu."

"Dah siap Aifel? Kita boleh salam keluarga dan kawan-kawan kita dulu before berangkat," tegur Emir dari arah belakang bersama Elqarf yang comel dengan kopiah dan kurtanya. Sepasang dengan Emir.

"Ehem." Suara kecil molek menyelar. Apabila mereka toleh, Elisea menanti dengan berpeluk tubuh.

"Yes princess? Anything you want?" Tanya Emir.

"Boypren tak ashe Cea tik ke hari ini? Udong ke Cea lagi tik?" Soal Elisea.

Aduhai, ingatkan isterinya sahaja boleh tanya soalan maut rupanya anak perempuannya pun boleh.

"Dia nak abang puji dia cantik. Puji ajelah," bisik Airis kepada suaminya.

Emir senyum sebelum dia mendukung Elisea. Dikucupnya pipi gebu macam pau itu. "Princess papa ini bila aje tak cantik? Kecil-kecil dah cantik macam ini. Besar nanti mungkin cantik macam bidadari," puji Emir.

Elisea tersengih. "Dengar itu mama. Cea tik. Mama tak."

"Amboi, mama diam pun kena juga? Ingat sikit Elisea, awak itu keluar dari rahim mama jadi rupa awak, perangai awak semua ikut mama." Airis jelirkan lidah.

"Mama ini muyut murailah. Anyak takap," Elisea menjelirkan lidah kembali meniru perbuatan mamanya.

Emir hanya mampu gelengkan kepala melihat pergaduhan dua beranak ini.

"Emir! Airis!" Laung Puan Adawiyah. Di situ terdapat juga semua wajah yang dikenali mereka.

"Terima kasih semua sebab sudi hantarkan kami ke airport. Doakan perjalanan pergi dan balik kami," kata Emir sejurus sahaja dia meletakkan Elisea di bawah.

"Selamat menunaikan umrah man. Hal-hal pejabat biar kitorang uruskan. Doakan aku dan Afiyah bahagia sampai Jannah," ucap Naufal. Dia lagakan kepalanya dengan kepala Afiyah.

"Tak hilang manalah bini kau itu," balas Emir. Matanya melirik sekilas ke arah Afiyah.

"Betul. Aku sokong," Syamil bersetuju.

"Beb, hati-hati. Doakan aku dengan Syamil bahagia sampai ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat comel-comel dan sihat macam kembar ini," nyata Raihana sambil tangannya tak boleh berhenti menggomol pipi Qarf. Anak lelaki Airis ini nampak sahaja pendiam, tapi sekali sudah aktifkan mode nakalnya, penat mahu melayan.

"InshaAllah, aamin. Aku doakan urusan bersalin kau dipermudahkan beb. Kau itu jaga hati suami kau, jangan nak garang tak bertempat," pesan Airis. Bukannya dia tidak tahu Raihana ini kalau dah menyinga memang teruk.

"Hai uncle!" Tegur Elisea. Terdongak kepala Elisea memandang wajah tampan Syamil.

"Hai, Elisea. Elisea seronok nak tunaikan umrah?" Tegur Syamil dengan ton suara dikecilkan.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now