Emir El Tamir: Bab 23

22.8K 1.2K 37
                                    

"Siapa punya kerja?" Emir merenung tajam satu per satu wajah mereka sambil bercekak pinggang.

Mereka semua tertunduk. Takut mahu bertentang mata dengan Emir.

"Jawab. Aku tanya siapa?!" tempik Emir lagi. Soalan bukannya susah, dia cuma mahu tahu. Dia yakin kes penculikan Airis ada kaitan dengan sahabat-sahabatnya.

Mereka masih tertunduk manakala Syamil menyelukkan tangan ke poket seluar. Macam biasa, manusia paling tenang ialah dia. Berkawan lama dengan Emir tidak membuatkan dia gentar dengan jejaka itu.

"Kalau tak ada siapa-siapa nak buka mulut, aku bubarkan Black Briged," ugut Emir senada.

"Mir!"

"Aku yang rancang semua ini, Mir. Aku ajak diorang semua bersekongkol sebab bagi aku ini cara untuk kitorang ugut Airis luahkan perasaan sebenar dia. Kalau nak tunggu Airis itu beritahu kau sendiri memang lambat lagi kau boleh kahwin," pintas Syamil tenang.

"Betul Mir mastermind dia Syamil!" Naufal menolak semua kesalahan ke arah Syamil.

Emir tertawa seraya menepuk tangannya kuat.

Mereka berpandangan satu sama lain. Terpinga-pinga. Kenapa pula berubah angin sahabat mereka ini?

"Korang semua ini memang bijaklah, boleh pakai rupanya. Aku bangga. Good job guys," nyata Emir.

"Kau nak perli kitorang ke ini?" Hazim tidak berpuas hati.

Emir menaikkan bahunya berkali-kali. "Betullah. Aku bangga dengan korang semua. Tak sangka, boleh timbul idea bernas macam ini dalam kepala otak biul korang itu."

"Kau tak marah kami semua culik Airis?" Tanya Rifqi.

"As far as I can see, tiada sebarang luka dekat Aifel aku itu. Dia pun nampak okay," balas Emir.

"Fuh, termakbul doa aku," ucap Hazim sambil mengusap lembut dadanya. Gila tak cuak sudahlah yang buat Airis pengsan itu dia!

"Cuma korang memang musibat buat dia pengsan." Pandangan Emir kembali merenung dalam wajah sahabat-sahabat dari syurganya.

"Sorry again, Mir. Next time kitorang tak buat dah," janji Hazim. Tapi seronoklah jadi penculik.

"Memang kau tak payah buat apa-apa pun lepas ini, dia dah jadi milik aku. Everything went well according to my plan." Emir senyum penuh makna tersirat.

"Everything went well according to our plan too, right guys? Sampai tersungkur si Airis mengaku dia sayangkan kau. Baru dia takut rasa kehilangan itu macam mana," bidas Syamil.

Emir menggelengkan kepala. "Aku sumpah risau semalam fikirkan orang mana yang culik dia. Maklumlah, Aifel aku itu cantik. Kalau aku pun, aku nak culik, bawak daftar kahwin."

Mereka semua menggelengkan kepala. Sahabat mereka ini kalau dah angau memang tidak boleh dibendung. Asalkan kau bahagialah.

•••

"Sayang kau betul okay ke ini keluar dengan aku? Kau baru balik dari hospital dua hari lepas." Riak wajah Emir jelas menampakkan dia risau.

"Saya okaylah awak." Airis tayangkan senyuman yang menyerlahkan susunan gigi yang cantik.

"Aku still risau. Ni kau nak beli apa-apa lagi tak dekat sini?" tanya dia.

"Hm, tak ada rasanya. Kita pergi makan teruslah. Awak mesti dah lapar kan?"

"Perut dia yang macam gorgon, aku pula yang dipersalahkan. Aku tak percaya kau ini. Jom, aku belanja kau skincare, makeup or anything you want. Just name it," ajak Emir.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now