Emir El Tamir: Bab 7

25K 1.5K 33
                                    

Cuaca sejuk pada waktu malam mendakap tubuh mereka. Airis kerling Emir di sebelah yang dari tadi hanya membisu seribu bahasa. Rancangan asal memang mereka nak berjumpa di kafe Dahlia sahaja tetapi Emir ini ajak berjumpa di tasik pula.

"Malam-malam macam ini sejuk kan? Tak takut ke nyamuk gigit awak? Ha..ha..ha.." Suara Airis memecahkan kesunyian. Janggal sangat sampai gelak dia pun kedengaran sangat palsu sekarang ini.

Krik krik.

"Emir pasal tadi..." Airis mengemam bibirnya. Tak tahu bagaimana lagi harus dia susun puzzle di dalam mindanya. Ini semua rancangan Raihanalah suruh dia pujuk si Emir ini.

"Emir saya dengan Arief itu cuma kawan. Kami berjumpa tadi cuma nak selesaikan masalah dulu lepas itu kami buat keputusan untuk balik. Masa itu pula awak boleh muncul and ya." Teras sesak nafasnya mengatur percakapan.

Dia jeling Emir di sebelah. Lelaki itu masih dalam dunianya sendiri menghadap tasik yang mungkin lagi cantik daripada Airis sekarang ini.

Bahu Emir yang berlapik dengan baju tshirt hitam kosong dicuit.

Emir memandang sekilas sebelum dia menoleh semula ke arah tasik. Amboi! Memang taknak bercakap ke apa.

Dia ada idea! Sekali lagi, Airis mencuit bahu Emir sehinggakan dia kembali menoleh ke arahnya. Tanganku mula bergerak-gerak.

"Kau tengah buat sign languages dengan aku ke sekarang ini?"

Fuh! barulah keluar suara emas si Emir ini.

"Ohlah? Awak boleh bercakap? Saya ingatkan awak bisu atau pekak," perli Airis.

"Aku nak balik. Kau nak cakap apa, cakap nanti. Hati aku tengah panas," ujar Emir sebelum dia bergegas bangun berura-ura nak meninggalkan aku.

"Eh Emir! We need to talk! Pasal tadi, saya dah minta maaf kan? Saya tak tahu salah saya dekat mana, tapi disebabkan awak ini macam marah dekat saya jadi saya..."

Emir berpusing menghadap Airis. Tatapan Emir sekarang ini boleh memamah usia sesiapa sahaja.

"You were sorry because you got caught. Aku paling benci manusia yang gunakan kata maaf hanya untuk buang rasa serba salah diorang tanpa diorang sedar dan baiki kesilapan diorang. Kau faham?" tegas Emir meluahkan rasa yang terbuku di hati.

"Kalau sebelum kahwin kau bagi mamat itu sentuh kau, lepas kahwin? Kau bagi lelaki mana lagi sentuh kau?" tuduhnya lagi.

"Wait what? Awak tak boleh nak tuduh saya macam itu!" Suara Airis naik seoktaf.

"Tuduh? Apa yang kau tunjuk dekat aku, cukup untuk aku buat andaian. Sebab inilah aku malas letak harapan aku dekat mana-mana perempuan. End up, they are all useless. Mudah terbuai."

Airis mengetap bibir. Sampai hati Emir!

"Dia bekas kekasih kau kan? You can go to him if you want and please leave me alone," pinta Emir.

Airis hanya mampu menjamah tingkah laku Emir yang lagi serabut meraup mukanya kasar. Rambut yang tadi elok kemas pun dah jadi serabai. Emir marah tetapi dia tahu lelaki itu sedaya upaya untuk tidak tinggikan suara.

"Kenapa awak marah sangat Emir? Oh. Tadi awak ada cakap saya sama macam 'dia'. 'Dia' itu siapa? Sebab dia ke awak lampiaskan kemarahan awak dekat silap saya yang kecil tu?"

Riak muka Emir yang tegang tadi berubah. Dia mencerlung wanita itu tajam. Kalaulah muka Airis senipis kertas A4, memang berlubang dah tertembus panahan mata Emir.

"Aku terlepas cakap. Look Aifel, kau balik. Aku tak rasa kita boleh berbincang sekarang ini. Kau ingat Aifel, kau masih terhutang satu janji dengan aku," suruh Emir tegas.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now