Emir El Tamir: Bab 22

22.8K 1.1K 10
                                    

Semalaman Emir temankan Airis di wad, makan minum disediakan, betul-betul dilayan seperti seorang puteri. Sengaja Airis tidak maklumkan pada keluarganya. Buat malu sahaja kalau mereka tahu dia pengsan disebabkan cemburu.

Pagi ini, ada seorang doktor dan seorang jururawat datang untuk pantau keadaannya.

"Alhamdulillah, macam saya cakap semalam keadaan cik Airis baik-baik sahaja cuma mungkin disebabkan stres atau kejutan yang melampau. Jadi, inshaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang, cik Airis boleh discaj dan balik rumah hari ini," beritahu doktor lelaki itu dengan senyuman yang manis.

"Doktor jangan senyum sangat, takut doktor keluar nanti rabak mulut itu. Aduh!" Emir merengis kesakitan apabila terasa pedih di bahagian kulit lengannya.

Laju tangan Airis menyambar lengan Emir. "Perangai itu cuba senonoh sikit. Awak dengan doktor pun nak cemburu ke?"

"Sampai hati kau bela dia. Sekarang siapa lelaki kau? Aku ke dia?" Emir beriak tidak puas hati.

Doktor lelaki dan seorang jururawat berpandangan satu sama lain menyaksikan pergaduhan pasangan di hadapan mereka ini.

"Kalau macam itu, saya minta diri dululah." Hilang sahaja bayangan doktor itu, jururawat yang dari tadi menjadi pemerhati bersuara.

"Cik, bil akhir nanti akan diproses sebaik sahaja kami terima borang discaj yang telah lengkap diisi ya?" Satu borang ditunjukkan kepada Emir.

"Tak apa nurse, nanti saya uruskan semua itu. Terima kasih." Emir berbudi bahasa.

Jururawat bernama Nini itu tersenyum manis ke arah lelaki tampan milik Airis.

"Sama-sama," balas sister Nini. Senyuman masih tidak lekang di bibir. Kehadiran Airis disitu diibaratkan tunggul. Terlalu terpana dengan kekacakan lelaki di hadapannya ini.

Tak betah melihat jururawat itu menggedik dengan kesayangan dia, Airis memulakan langkah. Emir pun satu! Tak perasan ke mata jururawat yang lain macam dah?

"Sayaaaangggg," suaranya dileretkan habis!

Emir yang dari tadi menulis mengangkat kepala menikam wajah pujaan hatinya. 'Sayang?'

"Nurse," panggil Emir. Bebola mata coklatnya masih kaku ke wajah Airis.

"Ya?"

"Dia... panggil aku sayang kan? Kau dengar tak nurse? Tolong kata aku tak berhalusinasi," tanya Emir.

Meledak ketawa Airis mendengar pertanyaan polos Emir. Apa lelaki itu fikir? Sampai boleh tanya jururawat itu pula?

Airis terdengar sister Nini ketawa kecil.

"Betul. Saya keluar dulu ya. Apa-apa encik boleh panggil kami." Jururawat itu pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"You make me crazy. Kau yang cemburu, aku yang gila. Tak adil." Mata Emir mengecil merenung muka wanita kesayangannya.

Airis berpeluk tubuh. "Then don't make me jealous, Emir. I can be crazier than you if someone touches what's mine."

"Ouch." Tiba-tiba Emir meringis kesakitan. Dia memicit bahagian dadanya.

"Eh kenapa awak? Awak sakit ke?" Airis cuak.

"Sakit. Rasa macam tak berdegup dengan betul dah jantung aku ini," balas Emir dengan kerutan di dahi.

"Kenapa pulak ini? Awak jangan buat saya takut! Saya panggil doktor eh?" Baru sahaja Airis ingin menekan punat kecemasan, bajunya ditarik.

"Sebab... kau baru je cakap aku ini kau punya," ujar Emir sebelum dia ketawa seronok.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now