Emir El Tamir: Bab 51

24.4K 1.2K 58
                                    

Malam selesai majlis GALA itu, Airis mundar-mandir di bilik berkira-kira dengan keputusannya. Dia harus cari tahu tentang anak kandung Emir. Dia harus cari tahu siapa budak bernama Hans Aabid sebenarnya.

Alang-alang Emir tengah membersihkan diri sekarang ini, dia nekad untuk geledah barang-barang peribadi suaminya. Bilik kerja! Ya, bilik kerja selalu jadi tempat terbaik untuk simpan barang-barang lama. Kaki mengorak langkah ke bilik yang berada di hujung.

Masuk sahaja dia ke dalam bilik yang suram hanya bertemankan cahaya daripada lampu meja, dia menghalakan langkah ke rak-rak buku yang padat dengan fail. Satu persatu digeledah tapi hampa tiada sebarang bukti.

Otaknya yang secara mendadak berfungsi bagaikan mentol menyala, dia terus melajukan langkah ke meja kerja Emir. Dia melutut menggeledah satu demi satu laci sehinggalah laci yang paling bawah ditarik. Terpampang satu kotak berwarna merah hati yang agak berhabuk bersama satu fail.

Sejurus sahaja dia keluarkan isi fail itu, ada salinan surat kebenaran daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia-New Zealand dan salinan sijil akad nikah. Sebaris nama yang tertulis dibaca.

'Daisya Asla' binti Fuad'

Sedikit pun dia tak terkejut dengan nama pengantin perempuan yang tercatat dalam sijil akad nikah. Memang dia sudah maklum tentang kewujudan perempuan itu. Bukan itu sahaja, tercatat juga tarikh cerai, jenis talak dan talak berapa.

Lepas puas dia tengok isi fail itu, kali ini kotak berwarna merah itu menjadi perhatian. Tulisan tangan yang samar-samar di atas kotak itu dibaca.

'Malaikat kecil papa dan mama, Hans Aabid.'

Rasa macam nak pitam apabila dia membaca sebaris tulisan itu. Ini memang sah tulisan tangan suaminya. Dia kenal sangat.

Kotak itu dibuka perlahan-lahan. Dia menekup mulutnya apabila terpampang dengan jelas gambar sonogram yang memaparkan keputusan ultrasound seorang bayi. Tak cukup dengan itu, dia terbalikkan kepingan sonogram itu. Di belakangnya pun ada tulisan tangan Emir.

'Bintang kecil yang menyinari hidup papa yang penuh gelap-gelita. Tiada ganti.'

Airis tahan dirinya daripada mengeluarkan air mata. Kenapa dia baru tahu semua ini? Jadi betullah Emir khilaf sebagai seorang ayah? Tak akanlah lelaki sebaik Emir mengabaikan anaknya? Kalau ya, memang patutlah pun perempuan itu tuntut Emir untuk bertanggungjawab.

"Puas hati Aifel dapat geledah barang-barang abang?"

Terlepas kepingan sonogram itu daripada genggamannya. Air mata yang menitis dilap. Dia angkat kepala memandang ke arah pintu, ada Emir dengan muka tegangnya masih bertuala. Pasti lelaki itu dapat kesan dia di sini setelah habis mandi.

Airis bangun daripada bersila dengan hati yang terasa berat sekarang ini. Emir hanya mengeluh melihat kotak yang berada dalam pegangan isterinya.

"Ini apa?" Sonogram itu diangkat tinggi.

Emir diam di muka pintu. Tengok mata memerah isterinya membuatkan hatinya direntap sejenak. Sekali lagi, dia dah sakitkan hati Airis.

Dia menghampiri Airis yang kaku berdiri di sana. Mata Airis yang merah disebabkan menahan air mata dikucup lembut. Rambut wanita itu yang serabai juga dibetulkan.

"Kenapa tak tunggu abang? Puas abang cari satu bilik. Aifel nak sangat tahu tentang masa lalu abang? Siapa Daisya? Siapa... Hans Aabid?" Lembut Emir menyoal Airis.

Lambat-laun isterinya mengangguk.

"Abang akan ceritakan semuanya. In fact, abang memang nak ceritakan semuanya pada Aifel tapi Aifel ambil langkah untuk tahu dulu."

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now