Emir El Tamir: Bab 26

22.2K 1.2K 38
                                    

SELESAI majlis pertunangan antara Emir dan Airis dengan persiapan hanya dua minggu. Mana tidaknya, dapat sahaja green light daripada umi dan abah, terus keluarga Emir datang merisik dan meminang. Tidak mahu menangguhkan perkara yang baik kata mereka.

Alhamdulillah, umi dan abah dapat menerima Emir dengan baik begitu juga bonda dan ayahanda. Rancak mereka berbual ketika itu. Aku hanya menjemput orang yang terdekat dan semestinya Raihana, Black Briged turut hadir.

"Aku tak sangka kau jalan dulu before aku beb! Aku bercinta lagi lama kut. Abang Emir itu laju buat kerja eh," cuit Raihana.

Airis menjelirkan lidah. "Itulah orang cakap, jangan bercinta lama-lama. Dah berkenan, terus kahwin."

Raihana membuat memek muka. "By the way! Handsome encik tunang kau. Bukan aku aje rasa macam itu, makcik-makcik bawang pun sama, sampai tak berkedip mata diorang."

"Kau pun sama masalahnya. Jangan nak puji Emir itu sangat. Dia tunang aku." Airis memberikan amaran.

"Amboi, kemain berlagak kau ya jadi tunang abang Emir."

Tiba-tiba mata Raihana beralih ke jari manis Airis. Dia membelek cincin pertunangan mereka berdua. Berkilau. Sakit mata kalau tengok lama-lama.

"Cantiknya cincin. Siapalah yang pilihkan itu," tegur suara pemenang hati Airis Felora.

Airis hadiahkan senyuman kepada Emir. "Cincin ini cantik ke atau tuan dia lagi cantik?"

"Ehem. Tolong hormat aku dekat sini. Tak baik aniaya perasaan aku tau." Raihana memuncungkan mulut.

"Kalau taknak terus dianiaya, baik kau pergi main jauh-jauh. Aku nak tengok tunang aku yang cantik bak bidadari ini." Mata Emir elok memandang tepat mata Airis. Langsung tak dihiraukan riak wajah Raihana yang masam mencuka.

Raihana mendengus dan melangkah meninggalkan mereka berdua.

"Nothing in this world could beat your beauty, sayang. I'm mesmerized everytime," madah Emir tiada angin tiada ribut.

"Ha?"

"Tadi kau tanya aku, cincin atau tuan yang pakai cincin lagi cantik. There, my answer."

"Makin bergula mulut awak ini. Risau tak sempat kahwin saya dah kena kencing manis." Gurauan Airis mengundang ketawa Emir.

"Kau okay tak? Nervous jadi perhatian orang ramai tadi?" tanya dia. Sekali-sekala Emir akan bersalaman dengan tetamu yang lalu-lalang di situ.

"Nervous sikit. Ramai jugak saudara-mara awak. Cuma, itulah. Saya tak nampak pun adik kembar awak yang dua orang itu?" Dari awal sampai akhir majlis pertunangan mereka, tidak sekalipun kelihatan adik kembar Emir, Endra dan Ezra.

"Diorang memang tak boleh datang. Jangan risau, akad nikah kita nanti aku akan pastikan diorang datang. Kau nak jumpa diorang sangat ke? Sekarang jugak aku heret budak berdua itu." Emir mengeluh mengenangkan kesibukan Endra dan Ezra membuat persiapan untuk belajar di New Zealand.

"Jangan nak buat kerja gila. Tak apalah, nanti saya jumpa diorang juga. Teringin nak tengok apa persamaan diorang itu." Dia tersenyum membayangkan persamaan wajah si kembar.

"They're both clowns. Itu persamaan diorang. Oh by the way little baby, aku lupa nak bagi kau pengiktirafan." Emir mengetuk kepalanya sekali.

Airis tertanya-tanya. "Pengiktirafan apa pula?"

Emir berdehem. "Cik Airis Felora, dengan ini saya, Emir El Tamir menganugerahkan cik kenaikan pangkat daripada status girlfriend kepada 'fiance'. Tahniah saya ucapkan."

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now