Emir El Tamir: Bab 20

23K 1.1K 17
                                    

Burung berkicauan, ditemani suasana yang hening sememangnya hari yang baik untuk merehatkan minda. Airis tersenyum gembira kerana semalam dia menerima pesanan daripada Emir, mengajaknya untuk bersenam.

Saat dia menjejakkan kaki di kawasan tasik, dia lihat sekujur tubuh Emir elok duduk melunjurkan kaki di atas rumput. Dia tersenyum nakal ingin mengenakan Emir. Perlahan-lahan dia menghampiri Emir yang membelakanginya dan...

"Baaah!!"

"Opocot, I love you." Airis melatah sebelum dia terjelopok ke belakang. Punggungnya selamat mendarat dengan kasar ke atas rumput disebabkan sergahan Emir.

"I know. I love you too, little baby." Emir ketawa kecil.

"Macam mana awak tahu saya nak terperanjatkan awak? Saya dah buat senyap-senyap dah tadi. Sudahnya saya yang jatuh macam nangka busuk." Airis menggosok pinggulnya yang sakit.

Emir senyum lebar. "Sedangkan deruan nafas kau pun aku boleh cam, inikan pula tapak kaki kau, Aifel."

"You cheater," tuduh Emir tiba-tiba.

Airis mengerutkan dahi.

"Mana boleh kau beritahu perasaan kau dekat aku melalui latah. Aku tak terima luahan yang macam itu. Aku nak yang ikhlas," sambung Emir.

"Tapi orang yang melatah ini jujur dia sama macam orang yang tengah mabuk," gumam Airis perlahan. Dia yakin telinga Emir tidak dapat menangkap bait-bait katanya.

"Dah jom bangun. Kita kena jogging. Panaskan badan dulu baru kita mula," arah Emir.

Mereka berdua bangun serentak sebelum Emir terus memulakan sesi memanaskan badan.

Airis hanya pegun menatap gerak-geri Emir. Lelaki ini sememangnya tampan dengan jersey coklat pekat dan seluar tracksuit straight cut hitam.

"Aifel, kalau kau berdiri macam patung dekat situ tak bergerak, tak akan buatkan kau kurus," tegur Emir mengusik.

Tangan Airis naik mencubit lengan Emir yang berlapik menyebabkan Emir mengaduh kesakitan.

"Kau ini masa umi mengandungkan kau, dia selalu makan ketam ke apa?!"

"Memang! Kalau boleh satu badan awak saya nak cubit lagi-lagi mulut awak itu! Awak cuba nak berpragmatik kata saya ini gemuk kan?" Airis mencekak pinggang.

"Pedihlah little baby. Ada ke keluar perkataan gemuk daripada mulut aku? Inilah masalah perempuan, selalu came out with their own assumptions." Nada Emir mula berubah ingin merajuk.

Airis memutarkan bebola matanya. "Macamlah saya tak tahu awak ini. Tiada angin tiada ribut ajak saya bersenam pagi-pagi. Mesti sebab awak perasan berat saya dah naik."

Emir memautkan satu tangan pada batang pokok. "Aku cuma risau baju kau tak muat nanti."

"Baju apa?" tanya Airis.

"Baju majlis kahwin nanti," balas Emir.

"Siapa nak kahwin dengan awak. Awak jangan perasan," bidas Airis. Dia mengikat rambutnya kerana rimas.

"Aku tak sebut pun majlis kahwin aku dengan kau. Ini majlis kahwin aku dengan Sarah," ujar Emir selamba. Dia tidak perasan riak wajah Airis mula mengendur.

"Dahtu kenapa awak sibuk fikir baju saya muat tak muat. Bukannya saya penting pun nanti."

"Penting. Kau kan nak jadi bridesmaid Sarah." Emir tahan senyum. Seronok melihat wajah tomato Airis. Menahan amarah.

"Awak kan Emir. Kalau sehari saya berjaya kumpul 10 pahala, 10 pahala itu boleh habis hilang dekat awak je! Saya ini dah lama tak maki orang tau?" Airis memincingkan mata memandang wajah tampan Emir.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now