Emir El Tamir: Bab 12

24K 1.3K 104
                                    

Airis membantu puan Adawiyah di dapur memandangkan Afiyah tak ada. Entah pergi manalah budak itu. Lepas keluar dengan Naufal terus lesap!

"Ini kakak, cubo kau ghaso masak lomak itu. Podeh ko tak. Takut kawan-kawan kau tak makan podeh," suruh umi.

Airis bergerak ke arah periuk yang penuh dengan ketam masak lemak cili api. Dia merasa dengan satu sudu.

"Okay dah ini umi. Diorang pun bukannya budak bandar sangat tak boleh makan pedas," ujar Airis.

Umi mengangguk sebelum duduk di meja makan untuk memotong buah. "Ini kak umi nak tanyo. Boto ko lelaki sobolah ekau tadi itu bakal menantu umi abah? Ghaso eh yang datang sini maghin ghoman eh lain."

Airis terdiam. Pasti Arief yang dimaksudkan umi.

"Yang datang hari itu jembalang makcik. Kita tak boleh alu-alukan dia menghantui hidup kita semua," celah Raihana yang baru balik menunaikan hajat di tandas.

"Hensem laei yang ini. Togap, saso badan eh. Budi bahaso pun buleh tahan budak itu," puji umi tinggi melambung. Kali pertama dia tengok Emir tadi, memang kacak dan manis dengan senyuman.

Airis tersenyum. Sejujurnya, dia bersetuju dengan umi. Emir sememangnya berbudi bahasa orangnya. Agak-agak macam manalah ibu bapa Emir ya.

"Kalau kau nak kahwin mo dio, koba dokek umi dongan abah. Kito buek ikut adat." Luncur sahaja ayat itu keluar daripada mulut puan Adawiyah. Teruja sangat nak menantu sulung agaknya.

Airis hanya mengangguk perlahan. Haih, dia sendiri tidak tahu pengakhiran buat mereka.

"Eh, tadi pakcik bawak yang lelaki pergi tengok homestay kan? Belum balik lagi?" tanya Raihana sambil tangan laju membantu umi memotong lebihan buah-buah.

"Bolum. Jap laei dio bawaklah bujang-bujang itu maghi sini. Umi dah posan tadi jangan lamo-lamo."

"Assalamualaikum!"

"Assalamualaikum!"

"Panjang umor deh. Maghilah masuk makan!" ajak puan Adawiyah sebaik sahaja mendengar beberapa suara riuh memberi salam. Pasti budak-budak itu sudah datang.

"Sedapnya bau. Masak apa ini?" tegur Syamil yang sememangnya mudah mesra dengan orang.

Kelihatan yang lain mengambil tempat duduk masing-masing. Syamil duduk berhadapan dengan Raihana. Mata Airis hanya ralit perhatikan Emir yang menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengannya.

"Ada masak lemak cili api, kangkung, ikan bilis sambal belacan. Boo nak yang mana?" Raihana bersuara. Kemain makcik seorang ini.

"Nak yang boo masak," jawab Syamil selamba tetapi dengan nada yang perlahan. Raihana tersipu malu sambil menggigit jari. Kalau yang dia masak, cuma air.

"Oh ini deh boyfriend ekau Raiha. Namo eh apo?" tanya umi sambil tangan sibuk mencedok nasi ke pinggan-pinggan yang ada.

"Saya Syamil makcik. Ini, Rifqi, Hazim, Naufal... saya tak tahu dekat mana. Belum sampai lagi kut sebab dia keluar dengan Afiyah tadi kan. Yang sebelah pakcik itu.."

"Emir El Tamir. Kan?" potong umi.

Emir menganggukkan kepala. "Haah, umi. Eh silap! Haah makcik."

Airis menundukkan kepala. Emir ini kalau tak buat hal tak sah. Encik Azraei hanya sembunyi senyum sambil mencedok lauk ke pinggan.

Suasana meja makan agak sunyi kerana masing-masing sibuk mengunyah makanan. Mungkin lapar disebabkan perjalanan yang jauh tadi. Usai makan, mereka sibuk pula menghabiskan buah yang dipotong puan Adawiyah.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now