Miss Sunset | 02

2K 88 1
                                    

"Tuan pukul 5 petang nanti tuan ada meeting dengan Dato Daniel

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Tuan pukul 5 petang nanti tuan ada meeting dengan Dato Daniel. Tempat pun dia dah tetapkan." Ujar Aira,pembantu peribadi kepada Tengku Nathan Lufian.

Cukup dengan nama sudah digeruni, dia adalah pewaris tunggal Luft Empire iaitu sebuah syarikat yang mengendali hotel yang terkemuka yang bertaraf antarabangsa. Cawangannya pula wujud di setiap pelusuk dunia.

"Itu sahaja tuan." Ujar Aira setelah selesai meneliti jadual.

Nathan hanya mengangguk faham. Lalu pembantu peribadi memboloskan diri keluar dari bilik bossnya. Dia tidak perlukan suara untuk memberi arah cukup dengan bahasa badan sahaja.

Nathan kembali fokus dengan pada skrin laptop. Dia meneliti setiap hasil kerja yang dilakukan oleh pekerjanya.

Pintu dikuak tanpa diketuk. Tidak perlu soal siapa yang tiada adab masuk tanpa minta izin kerana dia sudah tahu siapa gelaran tersebut.

"Oi bro baik kau masuk je terus dalam skrin laptop tu. Tenung bagai nak rak" sapa kawannya.

Nathan berhenti membuat kerja dan beralih pandang kearah kawannya, Safy Danish.

"Kau memang tak pandai ketuk pintu and bagi salam ?" Tegur Nathan.

"Eh excuse me tuan Tengku Nathan Lutfian bin Tengku Luft, 44 kali aku ketuk pintu, 44 kali aku bagi salam. Kau je tak dengar." Ujar Safy.

"Banyak lah kau 44 kali."

Safy duduk berhadapan dengan Nathan. Kaki naik bersilang lagak dia pula seperti boss. Nathan pula mengedahkan penjelasan Safy, betul atau tidak dia malas mahu percaya.

"Kau nak apa mangkuk, pagi buta dah cari aku bukan sepatutnya kau masuk office ke ?" tanya Nathan hairan.

Safy kembali muncung bila teringat sebab kenapa dia datang kemari.

"Aku gaduh dengan daddy aku la" jujur Danish sambil menunduk.

Sadis betul dia hari ini, pagi lagi sudah bertengkar dengan daddy diruang makan mujur dia sempat habiskan makanan sebelum beredar kalau tidak mahu kebulur.

"So kali ini kes apa pula" tanya Nathan. Bukan Safy kalau tidak datang meluah perasaan walhal dia terpijak tahi kucing pun datang bercerita dengannya.

Danish mengangkat kepala.

"Daddy aku suruh kahwin dengan anak kawan dia, aku enggak suka. Dulu adik aku dia nak control sekarang adik aku takde, aku pula jadi mangsa" luah Safy.

Nathan terkesima dan rasa nak gelak pun ada. Pasal itu pun boleh jadi gaduh. Masalah mental betul kawannya ini.

"Kau dengar tak aku cerita ni Nathan" ujar Safy tidak puas hati bila Nathan seakan tiada repond.

"Aku dengarlah. Tapi bagus juga idea daddy kau tu. Umur kau dah 27 tahun memang patut kahwin mana tahu lepas kahwin otak kau betul sikit" ujar Nathan. Dia tergelak sendiri.

C | Miss SunsetDonde viven las historias. Descúbrelo ahora