Miss Sunset | 25

1.4K 72 1
                                    

Sofea merehatkan diri, mata dipejam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sofea merehatkan diri, mata dipejam. Badannya kembali hangat dengan pemanas bilik. Lega, kalau tidak tadi sampai ke tulang rasa sejuk.

"Oi ! Pergi lah masuk bilik kau asal terjah bilik aku ?" Anita baru keluar dari tandas.

Tadi, dia ingatkan siapa yang datang ketuk pintu bilik. Tak sempat halang, Sofea laju masuk dalam biliknya. Menyesal pula buka pintu.

Saya, awak terus hilang kalau si Sofea buat perangai. Ada ke patut tinggal suami.

Sofea berguling-guling atas katil, dia bukan tak mahu tapi dia malu. Malu ! Sebab dia sudah bergelar isteri kepada Tengku Nathan Lufian.

Pap ! Peha Sofea ditampar.

"Kau ni first day jadi isteri orang dah buat dosa dengan suami," ujar Anita.

Dari elok terbaring macam ikan terdampar di pasar basah, dia terus bangun menegak, kaki disilang duduk bersila. Habis terselak kain, lagak seperti pakai seluar.

"Berdosa ke ?" Tanya Sofea dengan wajah polos.

"Seriously ! Awak rasa berdosa tak tinggal suami ?" Tanya Anita balik, apa dia ingat Sofea je boleh saiko orang, dia pun boleh tapi terjun bidang.

"Rasa berdosa juga lah... tapi sikit je" Sekali dengan gaya Sofea buat.

"Puan Layla Sofea, sikit ke banyak, dosa tetap dosa ! Baik kau pergi sebelum Nathan sendiri angkut kau," ujar Anita.

"Ala... Saya bukan apa, saya malu la..."

Anita menepuk dahi, kalau dia pening gamaknya macam lah Nathan mahu melayan si Sofea ni.

"Pergi Sofea ! Tak baik buat suami menunggu, dah malam ni. Ingat syurga awak bawah tapak kaki suami," pesan Anita. Kalau Sofea lupa baik dia ingatkan.

"Okeyla..."

Sofea bangun dari katil. Kakinya berat melangkah. Perlahan-lahan saja dia kaki Sofea berjalan. Dulu, Nathan kawan abangnya tapi sekarang Nathan bergelar suaminya.

Suami, malunya dia. Ibu ! Tolong !

Clack ! Daun pintu dibuka. Mata Sofea terbuntang bila lihat segaris senyum dihadapannya. Nathan elok bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh.

Laju tangan Sofea mahu menutup daun pintu namun tangan Nathan cepat menghalang.

"Wife wait ! Lama betul ye sayang nak keluar, penat abang tunggu."

Akhirnya, Sofea mengalah. Daun pintu terbuka luas.

"Nathan ! Ambil lah wife you ni ! I nak rehat pun tak senang !" Laung Anita dari dalam bilik.

Sofea menjeling Anita bila dengar suara ketawa Anita, suka lah tu menyakat.

Tangan Sofea diambil dan ditarik keluar dari bilik Anita. Daun pintu ditutup rapat.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now