Miss Sunset | 23

1.2K 57 6
                                    

"Then if I propose to you right now, will you accept me?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Then if I propose to you right now, will you accept me?"

Sofea terkaku seakan masa terhenti.

Suara itu, suara yang dia huraikan tadi. Sofea mengangkat wajah, bayang-bayang seseorang yang melindungi tubuhnya dari pancar cahaya milik jejaka yang dia maksudkan.

Sofea terus berbaling kearah suara itu. Mata Sofea membulat, telinganya tak salah dan firasatnya betul.

Jejaka dimaksudkan sedang berdiri tegak dihadapan Sofea. Wajah jejaka nampak tenang bersama senyuman dibibir. Mata hitam pekat tepat merenung anak mata Sofea.

Nathan berdiri dihadapan Sofea.

Sofea menunduk kebawah, matanya tertumpu pada kotak cincin ditangan kanan Nathan serta sejambak bunga matahari.

'Sunflowers represent love, faithfulness, and lasting happiness,' bisik hati Sofea. Ini ke yang abang Nathan nak sampai kan ?

Debaran di dada Sofea kuat kedengaran, hatinya seakan ada taman yang dipenuhi rama-rama yang indah. Tapi masih ada lopong ketakukan membuatkan taman itu kembali suram.

Nathan melangkah kehadapan, mengurangkan jarak antara dia dan Sofea.

"Layla Sofea"

Nama diseru, Sofea mengangkat wajahnya semula, matanya merenung wajah Nathan yang cukup tampan saat ini. Dari kening hingga ke dagu, semua jelas dimata Sofea, sempurna.

Akhirnya, mata Sofea beralih tepat merenung anak mata Nathan, pandangan lelaki itu tak pernah berubah, tetap sama lembut dan tenang.

"Will you be my sunset ? And I'll be your moon, so we'll create endless beauty and happiness like how the sunset and the moon complete the beauty of the sky."

Dengan suara yang cukup tenang, Nathan cuba melamar hati Sofea untuk kali kedua dan kali ini dia berharap Sofea tidak menolak.

Nathan dan Sofea, mereka membalas renungan. Sofea mencari kepastian dalam renungan Nathan. Dia mahu mencari ketulusan jejaka itu.

"Will you love me after you know my past ? Will you stay if you know the truth ?"

Mata Sofea berkaca, dia takut untuk melontar kenyataan yang dia akan bongkarkan tapi dia perlu tahu tanggapan Nathan sebelum dia terima lamaran.

Nathan tersenyum manis, "Bersaksikan orang yang berada disini, bulan, bintang serta langit malam, I will love you and I will stay with you hereafter."

Sofea menangguk faham, dia dapat dengar ketulusan dari bait bicara Nathan tapi selepas dengar kenyataan ini dia tak pasti apa bakal terjadi.

Sofea mengenggam hujung bajunya, mencari kekuatan yang seakan hilang. Mata Sofea setia merenung mata Nathan.

"Sofea... anak tak saf taraf" Perlahan-lahan air mata Sofea jatuh ke pipi.

Safy yang dari belakang hanya memerhati dari tadi cuba untuk bangun namun dihalang Qash. Akhirnya, Safy hanya mampu melihat saja air mata Sofea mengalir tanpa henti.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now