Miss Sunset | 31

1.1K 61 1
                                    

Dewan sudah kosong dengan tetamu dan yang ada disitu hanya Safy, Zayn, Qash, Dato Daniel, Datin Aida dan bonda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dewan sudah kosong dengan tetamu dan yang ada disitu hanya Safy, Zayn, Qash, Dato Daniel, Datin Aida dan bonda. Fatimah berdiri dihadapan mereka, wajahnya tiada rasa malu memandang Dato Daniel

Pang ! Wajah Fatimah terlentang ke tepi. Dato Daniel tak mampu menahan amarahnya lagi. Bila ingat Sofea tadi bertambah amarahnya.

"Apa masalah kau, Fatimah ?! Kenapa kau nak kacau anak aku ?! Tak cukup dengan apa yang kau buat dekat dia !" Bergema suara Dato Daniel meneking Fatimah, bekas personal assistant.

Fatima ketawa halus, rambut yang serabai dibetulkan. Dia merenung sinis kearah Dato Daniel.

"Anak kau ?! Kau buat bodoh atau pura-pura bodoh ?!"

Semua yang berada disitu terdiam, cuba mencerna apa yang dimaksudkan oleh wanita dihadapan mereka.

Dato Daniel mendengus kuat. Matanya merah menikam anak mata Fatimah.

"Kalau Sofea bukan dari benih aku sekalipun, dia tetap anak aku ! Waktu kau buang dia, Layla Sofea dah jadi anak aku bukan kau ! "

Sekali lagi semua terdiam, kejutan demi kejutan mereka terima. Jadi selama ini, Sofea bukan anak Dato Daniel.

Safy terdiam, dia tak mampu mengeluarkan suara.

Fatimah ketawa halus. "Surprise ! Untuk pengetahuan semua, Sofea bukan anak Dato Daniel. Aku saja perangkap dia supaya dia boleh terima Sofea. So sekarang bagi anak aku balik !"

"Aku tak bodoh nak serahkan anak aku dekat perempuan macam kau ! Kau tak layak jadi ibu pada Sofea !"

Fatiham menjerit sekuat hati peris orang kurang siuman. Dia terus menerpa kearah Dato Daniel, badan Dato Daniel ditolak kuat hingga terjauh. Dia membaling segala barang dimeja hingga patuh bertaburan ke lantai.

"AKU NAK ANAK AKU ! KAU FAHAM TAK !"

"Safy, kau bawa uncle Niel, auntie Aida dengan bonda naik bilik. Aku rasa perempuan tua ni dah gila," ujar Qash.

Safy pantas menerpa kearah Dato Daniel sebelum membantu Dato Daniel bangun dan memapah Dato Daniel jauh dari wanita sedang naik hantu.

"Bonda dengan auntie Aida jangan dekat dia takut dia buat benda bukan-bukan," ujar Zayn pula.

Qash dan Zayn perlahan-lahan menghampiri Fatimah yang mengamuk tanpa henti. Mulut wanita henti menyebut nama Sofea peris orang kurang siuman.

"Pistol ada dengan kau ke, Qash ? Kalau dia mengamuk, baling kaca. Kau tembak lengan dia," ujar Zayn.

Qash menjeling Zayn, dia pula mengajar orang. Tahulah dia itu kerja dia tapi nak tembak orang pun bukan boleh sesuka hati.

"Puan ! Berhenti ! Kalau tak aku panggil polis !" Qash menghampiri Fatimah.

Zayn terjeda, memandang Qash yang dihadapannya. Kawan dia biul ke ? Bukan dia polis ke ?

Prang ! Pinggan yang entah ke berapa jatuh berkecai ke lantai. Pinggan yang bernilai seribu sudah selamat mencium lantai. Kalau mak-mak tengok mahu menangis.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now