Miss Sunset | 17

1.3K 64 7
                                    

Tali leher berwarna hitam disimpul kemas yang dipadankan dengan kemeja putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tali leher berwarna hitam disimpul kemas yang dipadankan dengan kemeja putih. Almari yang dipenuhi dengan kemeja putih yang sama warna dipandang, Nathan ketawa halus. Hidup seorang yang buta warna hanya mampu menghiasi diri dengan warna hitam dan putih saja.

"What a sad life you have, Nathan"

Kucing hitam datang memanjakan diri di kaki Nathan. Kepalanya diusap berkali-kali mahukan perhatian tuannya.

"Bye Blacky." Kepala kucingnya diusap. Hermes Birkin miliknya diambil. Kakinya mengorak langkah menuruni tangga.

Bibirnya tersenyum melihat bondanya sedang menghidang sarapan. Kakinya terus melangkah menghampiri bondanya. Pantas pipi bondanya dicium sekilas.

"Ouh pocot."

"Morning bonda."

"Kamu ni Nathan terkejut bonda." Bahu anaknya ditampar lembut. Kepalanya digeleng perlahan, luruh jantung dibuat anaknya.

Nathan ketawa, terhibur dengan reaksi bonda. Tangannya menarik kerusi lalu diduduk.

"Meriahnya sarapan hari ni"

Makanan di atas meja dilihat, sarapan kali ini nampak meriah jika mahu dibandingkan dengan hari-hari lain.

"Bonda rajin hari ni nak masak nasi lemak kebetulan Mike ada cakap dia teringin nak makan nasi lemak." Tangan bonda menyeduk nasi kedalam pinggan kepada anaknya.

Dahi Nathan berkerut. "Mike ? Sejak pula si Mike pandai bermanja dengan bonda ni."

Bonda ketawa halus. "Sejak kamu sibuk dengan kerja."

"Good morning tuan, bonda." Pantang diseru, terus muncul. Mike menunduk hormat kearah Nathan dan bonda.

"Come sit, Mike, and let's eat breakfast together. Bonda ada masak nasi lemak" pelawa bonda. Tangannya menyenduk nasi kepada Mike.

"Langkah kanan betul saya pagi ni, bonda."Mike senyum namun senyumannya terus mati bila lihat jelingan Nathan.

"Amboi tuan jeling aku, tuan jealous ke aku dapat attention bonda" Mike ketawa halus. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Nathan.

"Tiada masa aku nak jealous dengan kau." Nathan mulakan suapannya, menghiraukan tawa Mike.

Bonda mengeleng kepala dengan perangai Nathan dan Mike, walaupun Mike bekerja dibawah Nathan tetapi dia sudah menggangap seperti anaknya.

"Kau datang pagi buta ni kenapa." Suara Nathan memecahkan kesunyian.

"Aku ada matlumat baru pasal ay-"

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now