Miss Sunset | 06

1.7K 78 4
                                    

Kaki Sofea melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki Sofea melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya dihidangkan dengan keberadaan dato Daniel yang sedang membaca majalah diruang tamu. Sofea melangkah mendahului dato Daniel seperti dato Daniel tidak wujud. Dia tidak terdetik pun mahu menegur.

"Lewat Sofea sampai, balik dengan siapa ?" Tegur dato Daniel. Dia perasan anak tidak pulang sendiri.

Sofea berhenti melangkah. Dia tidak mahu bersikap kurang ajar walaupun hakikatnya betul.

"Sofea sakit kepala tadi jadi Sofea minta someone tolong hantarkan" balas Sofea. Intonasinya tetap sama seperti orang tiada perasaan.

"Someone tu siapa ? Daddy perlu tahu. Sofea tu ana-"

"Anak apa ? sudah lah daddy. Daddy tak perlu menegakkan benang yang basah."

Sofea memotong percakapan dato Daniel. Dia sudah tidak boleh terima perkataan anak daddy keluar dari mulut dato Daniel. Hatinya tidak boleh terima.

"Daddy kan jelaskan semua dekat Sofea. I never meant to do that" terang dato Daniel. Dia mengeluh sedikit. Sukar betul anaknya mahu memaafkan dia.

Sofea memandang wajah dato Daniel tidak percaya. Senang betul ayahnya mengeluarkan kata-kata yang hakikat dia yang menanggung akibatnya.

"Iya betul daddy jelaskan semuanya pada Sofea. Daddy mengaku daddy buat silap tapi daddy sedar tak dengan kesilapan daddy lahirnya anak seperti Sofea." Ujar Sofea. Suaranya masih dikawal. Kepala yang elok hilang rasa sakit kini kembali berdenyut.

Dato Daniel terdiam seketika. Dia tidak mampu membalas kata-kata Sofea. "Maafkan daddy Sofea" ujarnya lemah.

"Daddy minta maaf seribu kali sekalipun tak boleh ubah darah yang mengalir dalam tubuh Sofea, kedudukan Sofea dalam islam dan pandangan orang terhadap Sofea kalau mereka tahu" luah Sofea sedih.

Emosinya sudah tidak mampu dikawal dan menguasai kewarasan akal fikirannya, ditambah lagi dengan denyutan dikepala.

"Semua orang akan pandang hina malah agama Sofea sendiri pun meletakkan darjat Sofea jauh lebih rendah. Sofea anak haram, Sofea sedar" tambah Sofea lagi. Suaranya bergetar menahan tangisan.

Prang ! Bunyi kaca terhempas ke lantai. Lantas Sofea berpaling dan matanya bertempung dengan sepasang mata.

"Sofea ?" Ujar datin Aida. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Pada awalnya dia tiada niat mahu masuk campur urusan anak beranak tetapi bila dia mendengar kenyataan yang keluar dari Sofea membuatkan dia terkejut.

"Assalamualaikum semu...apa yang dah jadi ?" Tanya Safy hairan bila lihat kaca yang bertaburan. Dia baru sahaja pulang namun sudah dihidangkan dengan agenda yang tidak disangka.

Sofea beralih memandang Safy. Dia tersenyum seketika. Bukan senyum kerana dia suka tetapi senyum pasrah.

"Baguslah semua orang ada kat sini, Sofea pun dah tak mampu nak simpan semua rahsia ni lagi. Sofea dah penat" ujar Sofea lemah.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now