Miss Sunset | 34

1K 60 0
                                    

"Aira, change the schedule in the evening to another time

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aira, change the schedule in the evening to another time. I've to go off earlier, my wife is not well," ujar Nathan. Tangan sibuk menanda tangan segala laporan dari pekejarnya dari tadi.

"Alright, tuan. I'll do as soon as possible and hope your wife get well, tuan," balas Aira.

"Thanks, Aira. By the way, tolong panggil Azrul."

"Baik tuan." Aira menghilangkan diri disebalik pintu.

Selang beberapa minit muncul seorang pekerja lelaki yang dalam linkungan 30-an, Azrul.

"Ya, tuan," ujar Azrul. Azrul menunduk, lututnya mula lemah. Suasana sekarang seakan dia dalam mahkamah.

Tangan Nathan berhenti membuat kerja. Badan disandar ke kerusi. Wajah beku yang digeruni oleh pekerjanya. Mata helang Nathan menikam Azrul.

"Aku dapat report yang kau buli budak bawah kau, Hawra Eshaal," ujar Nathan.

"M-mana ada, tuan. S-saya baik je dengan dia. Saya tolong ajar dia je," balas Azrul.

Nathan ketawa sinis.

"Kau jangan tipu aku, aku pantang orang tipu apatah lagi dengan orang kaki buli," ujar Nathan. Suaranya cukup tenang tapi suara yang tenang itu cukup mampu buat Azrul bergetar ketakutan.

"T-tak tuan..."

"Eshaal, come in."

Muncul seorang gadis berbaju kurung. Ayu orangnya.

"Ya, tuan," ujar Eshaal.

"Speak. Stand for yourself."

Eshaal terdiam seketika, hujung baru dipegang kuat. Takut, berhadapan dengan Nathan adalah perkara terakhir dia ingin buat

"Y-ya, encik Azrul buli saya dengan pekerja yang lain. Dia suruh kami buat semua tugasan dia" tanpa hiraukan jelingan Azrul, Eshaal jujur perkara sebenar dihadapan Nathan.

"Are you pretty sure, Eshaal ?"

"Y-ya, tuan. Saya ada ramai saksi kalau tuan tak percaya."

"No, its okay. You may go, Eshaal."

"Terima kasih, tuan." Eshaal tunduk hormat sebelum berlalu pergi.

"As I told Azrul, I hate liars. So, pack your things, and please get out of my company. It's not worth it to keep you in my company"

Azrul terus melutut.

"T-tuan, jangan buang saya. Saya-"

"Keluar sebelum aku heret kau guna cara kasar." Nathan kembali sambung kerja yang tergendala dari tadi.

"B-baik, Tuan."

Selepas Azrul keluar, Nathan bersandar. Pelipis diurut perlahan, dia mengeluh perlahan. Baru beberapa hari tak masuk pejabat dah macam rabut taufan melanda dalam syarikatnya.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now