Miss Sunset | 20

1.8K 72 3
                                    

Siang berganti malam, air tasik terlihat tenang dibawah pancaran sinar bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siang berganti malam, air tasik terlihat tenang dibawah pancaran sinar bulan. Nathan cuba untuk tenangkan hati yang gusar. Kejadian semalam berlegar di fikiran.

"Bro ! Jauh termenung." Bahu kiri Nathan ditepuk oleh Safy.  Safy duduk disebelah Nathan, matanya juga beralih merenung air tasik.

Nathan tersenyum nipis, dia yang panggil Safy untuk datang berjumpa di tasik yang dia selalu joging.

"Sofea, okay ?"

Safy memandang hairan wajah Nathan, ini sudah kali ke 99 kali Nathan tanya tentang keadaan adiknya.

"Princess okay, dia tengah main indoor golf dengan daddy dekat rumah. Tak sekarang ni, kau asal ? Dalam chat, dalam call, jumpa aku pun kau tanya soalan yang sama. Kenapa dengan adik aku ?" Safy memeluk tubuh, kakinya disilakan.

Nathan tidak membalas, dia hanya diam seketika sebelum dia bersuara. "Aku rasa macam nak kahwin lah Safy."

"Huh !" Nyaring suara Safy kerana terkejut, dari bersila terus dia bangun berdiri.

Nathan menyentuh telinganya, boleh pecah gegendang telinganya dengan suara nyaring Safy.

"Kau nak kahwin dengan siapa" ujar Safy teruja, gembira bila dengar khabar baik kawannya.

Nathan memandang Safy. "Adik kau"

Terus mati senyuman Safy.

"What ! Adik aku ?! Princess ?! Kau nak kahwin dengan Sofea !" Berkerut seribu dahi Safy dengan kenyataan dikeluarkan oleh Nathan.

Nathan mengangguk yakin, sudah tiba masanya dia buat pilihan yang tepat. Dia tidak mahu membuang masa memikir keadaan gadis itu, baik dia jaga sendiri.

"Kau biar betul Nathan" Safy kembali duduk.

"Betul lah ni, soal kahwin tak kan aku nak buat main" jawab Nathan, hujung mata Nathan menjeling Safy.

Safy memeluk tubuh. "Aku okay cuma kau kena tanya Sofea lah. Kau nak kahwin dengan dia bukan dengan aku"

Nathan menepuk dahi, bebal juga kawannya ini. "Aku cakap dekat kau sebab kau tu abang dia, tak kan aku nak cakap dekat Qash pula."

"Haah lah ! haah..."

Nathan mengeleng kepala, penat bercakap dengan Safy.

"Tapi kenapa kau pilih Sofea ? Aku nak tahu."

"Sebab hati aku pilih dia. Dia buatkan aku percaya senja tu indah." Nathan membalas dengan yakin, hatinya memang memilih Layla Sofea.

"Betul ni ? Kau tak main-main." Safy mendekatkan wajah dengan wajah Nathan, mahu melihat Nathan serius atau tidak.

Jari telunjuk Nathan menolak dahi Safy jauh dari wajahnya.

"Iya, aku serious."

"Iya ke ?"

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now