Miss Sunset | 13

1.3K 60 3
                                    

"Qayyum sampai bila awak nak simpan saya" tanya seseorang gadis dicorong telefon

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"Qayyum sampai bila awak nak simpan saya" tanya seseorang gadis dicorong telefon. Lembut sahaja suaranya.

Awal perbualan di mula dengan penuh romantis tetapi bila isu ini dibangkit amarahnya mendatang.

"Sampai aku puas, kau sendiri yang buat keputusan nak datang dekat aku jadi kau hadap sendiri. Kau kena ingat hubungan cuma atas kertas," ujar Qayyum dengan kasar.

"Saya dah bagi semua dekat awak, apa lagi tak cukup" tanya gadis itu lagi.

"Alicia Warda, jangan jadi bodoh boleh. Tiada lelaki yang nak perempuan yang sanggup gadaikan maruah dia lah" ujar Qayyum penuh sinis. Lantas dia menamatkan panggilan, telefon ditangan dihempas ke lantai.

Alicia Warda, wanita yang datang menagih cinta daripadanya. Wanita suci milik Adam Zayn Maccalen namun kini wanita itu berada ditangannya.

"Serabutlah !"

Rambutnya diserabutkan. Dia menelefon gadis itu ingin menenangkan hatinya terhadap Nathan tetapi makin bertambah pula panas hati.

"Kau tunggu Nathan, aku akan hidup kau musnah. 10 tahun aku simpan dendam ni dan kali ni aku akan pastikan keluarga musnah." Dinding yang tak bersalah ditumbuk sekuat hati.

Tengku Nathan Lufian, nama itu bagai duri dalam daging. Bagaimana hancur hidupnya disebabkan keluarga Nathan, dia akan membuat perkara sama. Dendam kesumatnya yang disimpan lama, bertahun-tahun dia memendam rasa.

Qayyum kembali teringat kejadian peristiwa 10 tahun yang lalu. Syarikat bapanya merupakan salah satu pemegang saham dengan Lutf Empire. Keluarganya hidup sangat mewah namun itu hanya sementara bila syakirat bapanya disahkan muflis dan diambil alih Luft Empire, syarikat milik Keluarga Nathan.

Keluarganya hidup kontang-kanting sampai satu tahap ibubapa dia mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dan dia juga terpalit sekali sedangkan dia hanya budak kecil yang tak kenal erti dunia sebenar.

Dia saksi bagaimana bapa dan ibunya mengambil nyawa sendiri. Da dia hanya budak kecil yang mampu menangis saat melihat insan yang dia sayang terbaring kaku.

Saat itu, dia menyimpan dendam terhadap keluarga Nathan. Dendam yang mengubah dia menjadi manusia yang kejam, semua perkara yang berkaitan dengan Tengku Nathan Lufian dia akan hancurkan satu persatu sehingga dirinya puas melihat kehancuran yang dicipta untuk lelaki itu.

Bunyi ketukkan pintu menyedarkan Qayyum ke alam nyata.

"Qayyum sarapan," panggil mak Jah sebalik pintu.

Kaki Qayyum melangkah kearah pintu lalu pintu itu dibuka, bibirnya lebar dengan senyuman bila lihat wajah neneknya. Satu - satunya insan yang dia ada di dunia ini.

"Qayyum tak pergi mengajar ke hari ni ?" tanya mak Jah, dahi yang berkedut itu berkerut seribu. Dia hairan bila lihat cucunya santai memakai baju t-shirt biasa.

Qayyum mengeleng.

"Tak nek, hari ni Qayyum cuti," balas Qayyum.

Mak Jah mengeleng kepala.

"Cuti ? Bukan-bukan je sekolah kamu ni."

"Universiti Nek buka sekolah."

"Sama je. Dua-dua tempat orang menimba ilmu."

Mak Jah dan Qayyum jalan beriringan ke dapur. Qayyum mengambil tempat duduk berhadapan dengan mak Jah.

"Nek, esok Qayyum dah balik KL" ujar Qayyum. Tangannya menyedok nasi ke dalam pinggan sendiri.

"Awalnya balik, tak nak berlama kat kampung. Semalam kan baru jumpa Sofea dengan Safy, Qayyum pun jarang jumpa mereka" ujar mak Jah. Wajah cucunya direnung lama.

"Tak mahu lah nek, lagipun Qayyum segan lah nek sebab ada kawan-kawan dia sekali. Qayyum rasa macam orang asing pula nanti" Ujar Qayyum mencipta alasan.

Mak Jah hanya tersenyum.

"Melepas lah Qayyum, nek nampak ada kawan Safy tu macam minat aje dengan Sofea. Semalam dia ikut je Sofea pergi mana macam belangkas dah nek tengok" ujar mak Jah sengaja mahu menarik minatnya cucunya.

Qayyum diam sejenak.

"Siapa ?" tanya Qayyum, padahal firasatnya sudah dapat teka siapa orang dimaksudkan.

"Nath ke Na, nenek lupa nama dia tapi mak Yam ada bercerita pasal lelaki tu bukan main suka dia," ujar mak Jah.

"Nathan" Qayyum mengetap gigi menahan geram. Dia kenal siapa lelaki itu.

"Nathan betul lah tu nama dia," ujar mak Jah sambil tersenyum.

Qayyum hanya tersenyum nipis.

"Nek pun suka dengan si Nathan tu sudahlah segak, pandai hormat orang tua, rajin tak usah nak cakap" puji mak Jah sambil tersenyum.

Mak Jah tersenyum sendiri bila teringat kerajinan Nathan menolong jemaah di hampar sejadah, kemas masjid sesudah habis solat.

Qayyum semakin marah bila lihat wajah mak Jah yang suka bila bercerita tentang Nathan. Perasaan benci makin membuak-buak, meluat dibuatkan dengar pujian neneknya terhadap Nathan.

"Jangan terlalu memuji sangat nek. Nek tak tahu perangai sebenar dia macam mana. Setakat nak berlakon baik, Qayyum pun boleh."

"Ish, apa kamu cakap macam tu. Keikhlasan orang bukan hak kita nak menilai, itu kerja tuhan," bebel Mak Jah.

"Baik konon, keluarga dia lah bunuh anak dengan menantu nenek," bisik Qayyum sendiri.

"Apa dia ? Cakap kuat sikit nenek sudah lah pekak badak."

Qayyum mengeleng. "Qayyum tak cakap apa-apa pun."

Suasana kembali sepi.

"Si Sofea cantik sama padan lah dengan si Nathan tu. Suka lah mak Yam dapat cucu menantu hensem," sambung Mak Jah lagi.

Qayyum mengeluh, tiba-tiba hilang selera. Apa yang menarik sangat dengan Nathan, makin bertambah menyampah.

"Masa kecil Sofea minat Qayyum, mustahil dia minat Nathan."

"Jangan yakin sangat Qayyum, ingat hati kita ni milik Allah jangan terlalu angkuh sampai lupa siapa yang cipta hati kita, siapa yang wujudkan perasaan kita," nasihat mak Jah.

Qayyum hanya tersenyum sinis. Tuhan ? Hidup dia tak berpaksikan tuhan. Solat pun ikut sedap hati asal boleh kaburkan mata orang.

Bunyi deringan telefonnya menamatkan perbualan dia dan neneknya. Dia melihat nama pemanggil.

"Qayyum nak jawab call," ujar Qayyum lalu bangun, kakinya melangkah masuk kedalam bilik.

"Ada apa call aku ?"

"Boss, misi pertama dan settle. Aku dah jumpa maklumat perempuan yang boss suruh cari," ujar seseorang dicorong telefon setelah panggilannya dijawab.

"Good, for now kau usik kelemahan dia dulu. Aku nak tengok sejauh mana dia boleh bersikap tenang" balas Qayyum sinis.

"Baik boss" sahut orang itu lagi.

Qayyum terus menamatkan panggillan.

"Tengku Nathan Lufian, welcome to the hell game" ujarnya Qayyum penuh dendam.

C | Miss SunsetМесто, где живут истории. Откройте их для себя