Miss Sunset | 27

1.2K 68 1
                                    

Bunyi air pacuran dari bilik air menyedarkan Sofea dari lena yang cukup indah, mimpi makan mee segera dengan orang yang di suka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi air pacuran dari bilik air menyedarkan Sofea dari lena yang cukup indah, mimpi makan mee segera dengan orang yang di suka. Indahnya, rasa macam tak nak bangun dari mimpi.

Sofea perlahan-lahan membuka mata, memandang sekeliling bilik yang masih samar-samar. Dia bangun dari baringan, otaknya perlahan-lahan kembali berfungsi.

Eh bilik ni macam dalam mimpi, perkara pertama yang terlintas dari fikirannya,

"Morning, wife !" ujar Nathan yang baru keluar dari bilik air. Tuala hanya dililit dipinggan, bahagian atas dibiarkan terdedah.

Mata Sofea membulat, dipantas menutup mata dengan tangannya. Kiranya mimpi tadi tu bukan minpi lah. Jari Sofea dibiarkan terbuka sedikit, curi-cari tengok ketulan pada tubuh Nathan.

Nathan ketawa bila lihat reaksi Sofea. Ingat dia tak perasan ke isterinya tengah intai disebalik jari comel tu.

"Why are you hiding your eyes ? You already saw it last night, wife."

"Mana ada !" Sofea menidakkan fakta. Tangan disilang ke dada. Matanya masih melekat pada Nathan.

Nathan ketawa, dia menyarungkan baju t-shirt hitam di badan serta seluar pendek. Kakinya mengorak langkah menghampiri Sofea. Dia duduk disebelah Sofea lalu dahi isterinya dikucup sekilas.

"Mandi pastu turun breakfast dengan yang lain kat bawah, boleh ?" Tangan Nathan naik megusap pipi Sofea.

Dahi Sofea berkerut, bunyi macam dia kena pergi sendiri je. "Abang tak ikut?"

Bibir Nathan tersenyum, suka betul dengar nama panggilan tu keluar dari bibir manis Sofea.

"Abang nak pergi gym, lepas workout baru abang join," ujar Nathan.

Sofea diam sejenak, jari telunjuknya ke dagu persis tengah berfikir.

"Tak nak breakfast lagi, nak join abang pergi gym !" Dia senyum kearah Nathan, senyuman yang cukup manis.

Nathan buat gaya yang sana seperti Sofea tapi kali dia saja biarkan lama, saja mahu mengusik.

"Abang boleh la..." Sofea mengongcang tangan Nathan persis budak kecil mengamuk nak gula-gula.

Nathan masih pura-pura sedang berfikir.

"Tak payah lah kalau macam tu, tak nak kawan !"

Sofea mendengus kuat lalu bangun dari baringan. Nathan dijeling sekilas sebelum dia turun dari katil. Wajah Sofea kembali cemberut, elok manis macam gula-gula bertukar masam macam buah mempelam.

Nathan ketawa halus, tangan Sofea ditarik lalu Sofea jatuh atas pehanya. Pinggang Sofea dipegang kemas. Pipi Sofea dicubit geram, tak boleh usik sikit.

"Abang tak cakap apa-apa pun lagi." Hidung mancung Sofea dicuit.

Sofea berpeluk tubuh, wajahnya dihalakan kearah lain. Bibir dimuncung ke depan, sehasta.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now