Miss Sunset | 32

1.3K 68 3
                                    

Nathan perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik, dia ambil keputusan untuk bermalam di hotel lepas kejadian tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nathan perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik, dia ambil keputusan untuk bermalam di hotel lepas kejadian tadi.

Kata bonda, Sofea dah tidur lepas teruk menangis.

Masuk sahaja dalam bilik, dia lihat tubuh Sofea yang sedang mengiring sambil menghadapnya dengan wajah yang sembab. Gaun kuning masih tersarung dibadan. Nathan tersenyum nipis.

Dia menghilangkan diri disebalik pintu bilik air, dia perlu bersihkan diri, bau hanyir darah melekat di badannya.

Usai membersihkan diri, Nathan menghampiri Sofea yang sedang lena. Tangannya naik mengulas pipi Sofea. Hidung merah Sofea dicukup sekilas sebelum naik mengucup kedua belah mata.

Perkahwinan baru usia sebulan tapi sudah diuji seberat ini. Wajah tangisan serta suara raungan isterinya berlegar difikiran. Hatinya hancur saat Sofea jatuh terduduk, menagis tanpa henti. Ketika itu dia sendiri tak tahu cara bagaimana nak pujuk hati isterinya, padahal bukan pertama kali dia lihat Sofea menangis tapi kali ini dia seakan orang bodoh.

Dan saat mata dia bertembung dengan sepasang mata yang penuh dengan dendam. Saat itu, dia sedar sudah terperangkap dalam permainan yang dicipta sendiri. Isterinya akan menjadi sasaran lagi selepas ini, ini semua salah dia.

"Abang..."

Nathan tersentak, wajahnya menunduk kebawah.

"Abang ganggu sayang ke ?"

Sofea membalas dengan gelengan. Dia tersenyum nipis, senyuman yang tak semanis seperti biasa.

Nathan tahu isterinya memaksa diri untuk nampak kuat.

Sofea bangun dari pembaringan, masuk dalam dakapan Nathan. Badan Nathan dihidu, bau vanilla. Wajahnya digesel pada dada Nathan.

Nathan ketawa halus, kalau sudah digesel tu pasti ada makna.

"Sayang lapar ?"

Sofea mengangkat wajahnya lalu mengangguk perlahan. Tadi dia sempat sentuh puding je, sekarang perut sedang rancak berbunyi. Dia tersangat lapar.

Nathan mencubit pipi Sofea, "Sayang mandi dulu, baru makan."

"Tapi Sofea nak makan instant noodles boleh ?"

Dahi Nathan berkerut, banyak-banyak makan mahal dekat hotel ni tapi mee segara juga jadi pilihan.

Nathan mengeleng perlahan. "Tak elok kerap makan instant food, sayang. Tak berkhasiat. Makanan lain boleh ?"

Sofea mencebik. "Tapi selama ni Sofea makan dengan brother, brother tak halang pun..."

"Ooo, Safy lah ajar wife abang makan unhealthy food. Nak kena safy ni..."

"Abang jangan marah brother, Sofea yang nak," ujar Sofea. Air matanya sudah bertakung, sedih tadi masih belum reda dengan rasa lapar tambah lagi Nathan tak nak bagi makan makanan dia nak, mahu tak sedih.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now