Miss Sunset | 36

1K 52 1
                                    

Badan yang lemah digagahkan juga untuk bangun, Sofea mengerling ke tepi

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Badan yang lemah digagahkan juga untuk bangun, Sofea mengerling ke tepi. Nathan masih dalam lena direnung, rambut yang kusut dibelai.

"You sleep like a baby." Dahi Nathan dikucup. Biasa Nathan yang akan bangun dulu sebelum dia tapi pagi ini di pula bangun awal sebab rasa tak sedap badan.

"Wife?"

Nathan bangun dari baringan, lampu di night stand table di buka. Melalui bantuan cahaya, Nathan dapat jelas lihat wajah Sofea. Jam di dinding dilihat, 4:30 pagi.

"Awal lagi ni, kenapa bangun, hurm ?"

Sofea mengeleng, dia tak boleh tidur. "Tak sedap badan."

Jawapan Sofea buat Nathan berkerut, hairan.

"Tak sedap badan ?" Tangan Nathan naik menyentuh dahi Sofea sebelum dia menyetuh dahinya sendiri, suhu normal saja.

Sofea baru mahu membuka mulut tapi tangan terus naik menutup mulut sebelum kaki laju berlari masuk ke dalam tandas. Dia memuntahkan segala isi perutnya dalam mangkuk tandas, perit terasa tekak.

Tiba-tiba tangan Nathan menggosok belakang, menolong dia untuk memuntahkan segala isi perut. Akhirnya, Sofea jatuh terduduk di depan mangkuk tandas, hilang semua tenaganya.

"Wife, okey tak ni ?" Tangan kasar menyapu cebisan air mata di hujung mata Sofea.

Sofea memaut tengkuk Nathan.

"Sofea tak larat," ujar Sofea lemah, nak bercakap pun dia tak mampu apatah lagi berdiri.

"Abang mandikan Sofea ya ?"

Setelah menadapat anggukan dari Sofea, Nathan mengangkat tubuh Sofea dan diletakkan di dalam tub mandi. Sofea diperlakukan bak bayi yang baru lahir, lembut dan berhati-hati.

"Abang, air wuduk ?"

"Air wuduk sayang ambil nanti sebab awal lagi ni, tidur dulu."

Sofea hanya membalas anggukkan saja sebelum Nathan mengangkat tubuhnya seperti bayi.

Sofea memaut erat tengkuk. Dia rapatkan wajah hingga hidungnya menyentuh kulit Nathan lalu dihidu serta merta rasa loya hilang.

"Wife, lepaskan tangan. Macam mana abang nak pakaikan baju kalau awak peluk erat macam ni," ujar Nathan sambil ketawa halus.

Nathan melepaskan pautan Sofea sebelum dia bangun dan berlalu pergi ke bilik baju. Nathan baru mahu mencapai baju Sofea tiba-tiba ada tangan memeluk pinggannya dari belakang. Nathan tersenyum nipis.

"Kenapa ni ? Nak muntah lagi ?" Nathan mengalih badannya menghadap Sofea, tangan menyarungkan pakaian pada tubuh Sofea.

"Sofea nak bau abang," ujar Sofea. Dia mengeratkan lagi.

C | Miss SunsetWo Geschichten leben. Entdecke jetzt