Miss Sunset | 48

1K 49 1
                                    

Sofea merenung lama pintu agam rumah keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sofea merenung lama pintu agam rumah keluarganya. Nathan tak lepas pauntannya dari genggam Sofea. Empat bulan dia menyepi tanpa menjenguk keluarga sendiri, itu satu dosa yang baru sadar.

Sofea berpaling kearah Nathan, Nathan mengangguk perlahan.

"Remember what i told you this morning?"

"Everything is alright. Everything is fine." Sofea pesanan Nathan kepadanya.

Sofea menarik nafas sedalamnya di saat Nathan membuka pintu.

Orang pertama yang menyambut Sofea adalah Dato Daniel. Orang yang Sofea pada dulunya teramat benci. Dato Daniel terus memeluk Sofea.

"Ya Allah rindunya dekat princess daddy ni, makin cantik," ujar Dato Daniel, hujung mata ada kesan air mata.

Sofea menahan sebak, hujung baju dipital. Bawah bibir digigit.

Nathan tersenyum nipis, dia tahu Sofea mahu menangis.

"Daddy sihat?" Nathan bersalaman dengan Dati Daniel.

"Macam ni, orang kata sihat orang tua," seloroh Datin Daniel

Sofea masih kaku berdiri.

"Masuk Sofea, buat apa tercengak depan pintu. Ini rumah Sofea kan, tak perlu nak pelawa macam tetamu, " Muncul pula Datin Aida.

"Ibu..."

Di saat muncul Datin Aida, Sofea tak mampu memaham sebaknya. Air matanya jatuh tanpa dipinta, di depan pintu tu juga di menangis.

"Ya Allah, menangis pula anak manja ibu ni." Datin Aida memeluk Sofea, ubun-ubun Sofea dikucup sekilas.

"Sofea kan nak jadi ibu, Sofea kena kuat." Datin Aida tersenyum nipis . Air mata Sofea dilap. Hanya tuhan saja tahu betapa rindunya mereka terhadap Sofea namun siapa mereka nak memaksa Sofea.

"Jom duduk. Banyak ibu nak borak dengan anak kesayangan ibu ni," ujar Datin Aida.

"Come sayang." Nathan mencapai tangan Sofea lalu dipimpin ke ruang tamu.

Dato Daniel dan Datin Aida tersenyum dengan layanan Nathan terhadap Sofea. Mereka tak salah pilih menantu. Nathan layan Sofea bak permaisuri.

Suasana hening, semua melayan perasaan sendiri.

"Sofea sihat. Baby dah berapa bulan?" tanya Datin Aida. Mulakan perbualan.

Sofea mengangguk perlahan. "Baby baru nak masuk 5 bulan. Ibu dengan daddy sihat?"

"Sihat. Daddy Sofea lah tiap-tiap hari keluar main golf," ujar Datin Aida.

"Daddy tiada kawan dah, biasa daddy main dengan princess daddy," balas Dato Daniel sambil ketawa halus.

Sofea mencebik, rasa bersalah kian mengunung. Sofea menunduk sambil bermain dengan jarinya.

"Sofea,"'panggil Dato Daniel.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now