Special Chapter 2

1K 55 4
                                    

Sweet Goodbye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sweet Goodbye

Nathan merenung wajah lena Sofea. Rambut Sofea dibelai lembut sebelum dia kucup segenap wajah Sofea. Dahi, mata, pucuk hidung, pipi dan akhir sekali bibir Sofea.

"Sweet dream,sayang."

Nathan perlahan-lahan turun dari katil, tak nak ganggu Sofea dari terjaga dari lena. Dia melangkah keluar dan naik ke tingkat atas.

Bilik kerja arwahnya dituju lalu kakinya terus melangkah masuk.

"Blacky," panggil Nathan. Dia mencapai Whiskey, makanan Blacky.

"Meow..." Blacky muncul disebalik meja. Kucing hitam itu menghampiri Nathan.

"I can't punish you, buddy."

Tubuh Blacky diangkat lalu dibawa dalam dukungan. Nathan duduk di sofa yang tersedia di situ. Blacky diletak di atas ribanya sebelum dia menyuap makanan pada Blacky.

"Blacky nak berkawan dengan mama ke?"

"Meow."

"Sorry, buddy. Mama takut kucing, papa tak boleh nak paksa mama suka kamu. And I have to let you go..."

Nathan mengeluh perlahan. Berat hati nak lepaskan Blacky namun demi isterinya, dia rela. Blacky sentiasa isi kekosongan hidupnya.

"Thank you, buddy. You've been with me for almost two years. Since I met you, I haven't been sad about my dad anymore." Nathan tersenyum. Kepala Blacky diusap manja.

Blacky sibuk dengan makanannya, makanan lagi menarik dari luahan Nathan.

"But this time, I have to let you go. I need to protect my wife. Sorry, buddy, I have to choose my wife." Nathan tersenyum nipis.

"Kau dengar tak aku cakap ni, Blacky." Whiskey dijauhkan dari kucing hitamnya.

"Meow!"

"Dah pandai marah dah sekarang, siapa ajar?"

"Aku."

Mike muncul, Blacky diambil dari Nathan. Lantas dia bersial dilantai sambil bermain perut Blacky.

"Kau ni, cuba bagi part aku panjang sikit. Aku baru nak feeling feeling sedih," balas Nathan.

"Apa yang tak cukup, tak cukup apa lagi. Part kau dah berlembak sedih. Kau nak bagi siapa menangis, Blacky? Blacky pun tak hairan dia bertukar tuan sebab tuan dia, aku. Lagi hensem dari tuan asal dia." Mike ketawa kuat.

"Eleh, ini semua sebab terpaksa. Kalau tak Blacky pun tak nak pun dekat kau tu," balas Nathan sama naik, tak mahu kalah.

"Iya lah, orang tu sayang bini nak buat macam mana, kena lah korban kan Blacky." Mike buat mimik sedih, saja mahu kenakan Nathan.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now