Miss Sunset | 07

1.5K 67 3
                                    

24 tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

24 tahun yang lalu

Isteri dato Daniel berdiri sambil bercekak pinggang memandang tajam kearah dato Daniel dan seorang wanita yang sedang mendukung bayi.

Bunyi tangisan bayi yang baru beberapa minggu telah menegangkan lagi suasana di rumah agam milik dato Daniel.

"INI ANAK SIAPA ABANG !" Lantang suara isteri dato Daniel menengkingnya. Bergema satu rumah dengan suara isterinya mujur anaknya, Safy Danish tiada dirumah ketika ini.

Bayi yang sedang menangis di pandang sekilas. Bayi ini adalah bukti perselingkuhan suaminya dengan wanita lain.

Dato Daniel diam seribu bahasa. Bayi itu yang comel itu dipandang dengan seribu sesalan. Sesal dengan kesilapan yang dia telah lakukan.

"FATIMAH KAU JELAS DEKAT AKU. SIAPA BUDAK NI ! APA KAITAN KAU DENGAN SUAMI AKU !" Tenking isteri dato Daniel lagi. Fatimah adalah pembantu peribadi suaminya.

"Puan... maafkan saya. Saya yang bersalah, anak kecil ni tak bersalah puan" ujar wanita itu sambil menangis.

"AKU TANYA INI ANAK SIAPA !" Tenking isteri dato Daniel lagi.

"Anak saya dengan tuan..." jawab Fatimah perlahan.

Isteri dato Daniel terkaku. Berita yang disampaikan telah membuatkan dunia dia seakan terbalik.

"A-abang betul ke ?"

Dia memandang kearah suaminya. Dia berharap suaminya menafikan kenyataan ini. Sukar untuk dia percaya.

"Maafkan abang Lia, abang gagal jadi suami dan ayah yang terbaik untuk awak dan Safy." Ujar dato Daniel. Dia duduk melutut berhadapan isterinya

Kata-kata itu jelas lagi bersuluh yang suaminya mengaku kesilapan dia. Air matanya menitis satu per satu.

"Apa kurangnya saya bang sampai abang sanggup curang belakang saya." Ujar isterinya lemah. Dia jatuh terduduk dilantai.

Dato Daniel pantas memeluk isterinya. "Lia tiada kekurangan tapi abang yang salah sebab terlampau ikutkan nafsu. Abang minta maaf Lia." Ujar dato Daniel penuh kesal.

Lelaki suka menabur gula walaupun hakikatnya dia sudah mati rasa. Bila sudah bersalah mula lah menabur kata-kata yang sadis. Kononnya khilaf sendiri. Kepercayaan dan kesetiaan dikhianati sebegitu sahaja.

Isteri dato Daniel memandang wajah polos bayi yang sudah lena. Dia menyapu kasar air matanya lalu bangun dan berhadapan dengan Fatimah.

Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menampar wanita dihadapannya ini. Mahu sahaja dia menarik rambut sampai tercabut tetapi dia masih waras. Lagipun tiada guna dia habiskan tenaga untuk orang seperti wanita ini.

"Fatimah aku nak kau bagi baby ni dekat aku. Biar aku jaga dia." Ujar isteri dato Daniel.

Fatima terdiam seketika sebelum dia membalas. "Itu memang hajat saya puan. Saya tak mampu nak jaga baby ni" ujar Fatimah sambil menunduk kepala.

Itu memang tujuan dia datang ke rumah milik suami dan isteri ini. Dia mahu serahkan bayi ini kerana dia tidak mampu untuk menjaga dan memberi kasih sayang. Dia masih muda dan dia tidak mahu masanya disia-siakan masa mudanya semata menjaga bayi ini.

Isteri dato Daniel tersenyum sinis. "Masa buat tak fikir. Ini jadi bila manusia hidup berpaksikan nafsu" perli isteri Dato Daniel. Dia mengerling kearah suaminya yang sudah menunduk kepala.

Bayi itu diambil dalam dukungan Fatimah. Wajah comel bayi itu ditenung seketika. Jatuh kesian dia melihat bayi ini. Dilahirkan didunia kerana kesilapan manusia sendiri.

"Macam mana bayi ini dilahirkan biarlah dirahsiakan. Anggap sahaja ini anak aku dan kau anggap saja anak kau sudah mati." Ujar isteri dato Daniel.

Nampak seperti dia pentingkan diri sendiri tetapi untuk kebaikan bayi yang tidak bersalah ini dia rasa ini keputusan yang terbaik.

"Puan, ini document lengkap baby. Nama dia Layla Sofea. Untuk tuan saya dah letak surat berhenti. Saya minta diri dulu." ujar Fatimah sambil menghulurkan fail berwarna hitam sebelum memboloskan diri tanpa mencium bayi yang lahirkan.

Fail hitam bertukar tangan. Isteri dato Daniel merenung bayi yang kembali merengek mungkin dia sedar akan ketiadaan ibunya.

"Layla Sofea, cantik nama tetapi tidak secantik takdir awak sayang. Nanti awak besar jadi anak yang baik dan patuh pada agama ya. Awak tak bersalah yang bersalah adalah kami, orang dewasa" ujar isteri dato Daniel.

Bayi yang tadi merengek terus terdiam seakan mengerti apa yang dimaksudkan oleh isteri dato Daniel. Membulat matanya merenung wajah isteri dato Daniel.

"Lia..." panggil dato Daniel sayup. Bertambah lagi rasa serba salahnya. Isterinya berpaling kearah dia dengan wajah yang penuh kecewa.

"Satu sahaja Lia nak minta daripada abang. Sayang baby ini macam mana abang sayang Safy. Dia tak bersalah. Layla Sofea tak bersalah" Ujar isteri dato Daniel.

Dato Daniel mengangguk perlahan. "Abang minta maaf..." ujar dato Daniel berulang kali.

"Dosa abang bukan pada saya tapi pada tuhan dan baby yang lahir ni. Jadi abang tak perlu minta maaf dengan saya." Ujar isterinya lalu pergi sambil mendukung tubuh kecil milik Sofea.

Dato Daniel termangu sendiri. Dia masih duduk melutut. Dia merenung lama fail hitam yang penuh segala maklumat Sofea. "Layla Sofea... maafkan daddy nak" ujarnya perlahan.

Maka saat itulah permulaan bagaimana rahsia Layla Sofea dikunci kemas oleh Dato Daniel hingga tiada seorang pun tahu cerita yang sebenar sehingga Sofea sendiri yang tahu kebenaran tentang dirinya dan bongkarkan dirinya sendiri bagai kelip-kelip terbang malam.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now