Miss Sunset | 14

1.3K 56 5
                                    

Suasana pagi dihiasi dengan bunyi dentuman kuali di dapur, segala kemahiran ditonjol

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Suasana pagi dihiasi dengan bunyi dentuman kuali di dapur, segala kemahiran ditonjol. Sofea baru sahaja membersihkan diri, hajatnya mahu turun ke dapur selesai sahaja dia solat subuh namun katilnya memanggil-manggil dia sehingga terlajak tidur.

"Sedapnya tokma masak" ujar Sofea seorang diri.

Bau aroma masakan yang sedap menusuk ke hidung. Kakinya laju melangkah menuju ke dapur. Matanya tertumpu pada tubuh seseorang yang memakai baju t-shirt biasa dengan apron ditubuh. Dia yang pasti bukan tubuh itu bukan milik neneknya mahupun abangnya.

Dia diam sejenak. Memikirkan siapa geleran yang sedang membelakanginya. Tiba-tiba bahu kiri ditepuk oleh seseorang. Bila dia meneloh, tokma sedang elok menjinjit besen yang berisi ubi keledek.

"Seronok tenung anak teruna orang" seloroh tokma, terukir senyum dibibir hingga terlihat kedutan di mata.

Sofea beralih padangannya, mata bulatnya bertembung dengan mata Nathan. Nathan tersenyum kearahnya, pantas dia memandang kearah lain.

Nathan kembali fokus pada kerja, senyum dibibir terukir manis. Wajah yang tadi beku bertukar manis kerana kehadiran gadis itu.

"Mana ada, tokma ni memandai je" ujar Sofea, pipinya mula membahang.

Tokma tersenyum, lucu melihat reaksi cucunya yang mudah terusik bila dikaitkan dengan Nathan. "Sofea pergi tolong Nathan, tokma nak basuh ubi" arah tokma, besen tadi dibawa ke singki.

Sofea diam sejenak. Hati perkata pergi namun kakinya terasa berat untuk melangkah.

"Layla Sofea, buat apa duk tercengang lagi kat situ pergi tolong Nathan" ujar tokma.

Nathan ketawa kecil, dia tahu Sofea segan dengannya.

Sofea mula berjalan kearah bila nama penuhnya diseru, takut nanti telinganya jadi habuan. Perlahan-lahan dia menghampiri Nathan. Dia perhatikan gerak geri Nathan memotong sayur, tak kekok jejaka itu memegang pisau.

Nathan sedar akan kehadiran Sofea dibelakangnya tetapi dia biarkan sahaja gadis itu memerhati. Dari memotong sayur hingga lah dia menghiris sotong jadi bahagian yang kecil.

"Abang Nathan pandai masak ?"

"Pandai"

"Abang Nathan nak masak apa ?"

"Sotong masak merah" balas Nathan sambil tersenyum. Dia tahu itu makanan kesukaan Sofea.

Mata Sofea bersinar, menu kesukaannya. Semalam baru dia beritahu tokma yang dia teringin mahu makan sotong masak merah.

"Saya baru cakap dekat tokma yang teringin nak makan sotong masak merah" ujar Sofea. Tangan bermain dengan sotong yang sudah dihiris oleh Nathan.

"Aip no Sofea, basuh tangan dulu baru boleh sentuh" tegur Nathan.

C | Miss SunsetTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang