Miss Sunset | 04

1.7K 70 2
                                    

Puching bag dipukul bertalu-talu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puching bag dipukul bertalu-talu. Pulang sahaja dari makan malam di rumah kawannya, dia terus membawa diri ke gym. Ini adalah routine hariannya. Datang seorang lelaki yang memakai serba hitam menghampiri Nathan.

"Tuan ini maklumat yang aku dapat tetapi bukti masih tidak jelas" ujarnya sambil menghulur satu fail berwarna hitam kepada Nathan.

Terhenti perbuatan Nathan. Lifting belt dibuka, terserlah badan sasa Nathan. Face towel dicapai lalu wajah yang berpeluh dilap berkali-kali sebelum face towel itu diletakkan dibahu kiri. Fail hitam bertukar tangan.

"Thank you,mike" ujar Nathan.

Mike adalah penyiasat yang ditempah khas untuk menyiasat kejadian 2 tahun yang lepas dimana kejadian ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan.

Nathan membuka fail tersebut dan melihat maklumat yang ada. Namun hampa tiada satu pun maklumat yang boleh diguna pakai. Jawapan tetap sama dia masih tidak tahu siapa dalang disebalik kejadian itu.

"Berdasarkan cctv yang aku cari, kereta yang tuan Lutf berada di tiktik buta. Jadi agak sukar kenal pasti punca kereta tu jatuh." Terang Mike berdasarkan info yang dia dapat.

Nathan menutup fail dan fokus pada menjelasan Mike.

"Persoalannya kenapa ayah aku lalu jalan tu, jalan yang jarang orang guna" ujar Nathan. Mata meneliti semua gambar yang ada.

Mike menangguk setuju. "Sekarang ini aku ada misi baru" ujar Mike.

"Misi ?" Tanya Nathan semula bersama kerutan didahi.

"Satu lagi bukti yang kita tak jumpa dan kita kena cari. Telefon tuan Lutf. Tuan tak pelik ke bila geng forensik pulangkan barang tuan Luft tapi telefonnya tiada" terang Mike.

Nathan mengangguk setuju. Dia pun tidak terfikir perkara itu. "Tapi macam mana nak cari telefon tu kalau clue dalang pun tak jumpa" keluh Nathan.

Mike tersenyum sinis. "Tuan lupa siapa aku." Ujar Mike bangga.

Nathan merenung wajah Mike dengan padangan kosong.

"I'm hunter. Setakat kerja macam ni celah gigi aje" ujar Mike bangga.

"Celah gigi ? Bangsat itu pun kau tak jumpa" ujar Nathan sambil ketawa kecil.

Mike yang tidak bangga mendapik dada terus kendur semula. "Tuan ni aku baru nak action"

Nathan menggeleng kepala. Dia tidak tahu dia ambil penyiasat yang handal atau tidak tetapi dia terima sahaja kehadiran Mike sekurang kurangnya Mike cekap membuat kerja walaupun lambat.

"Kau cari sampai dapat nanti aku up lagi gaji kau 10 ribu, you may go" ujar Nathan.

Mike mengikut arahan dan terus berlalu pergi bersama senyuman dibibir. Pekerja dengan Nathan memang dia boleh kaya.

Nathan kembali merenung fail hitam itu semula. Dia yakin kemalangan itu disengajakan. Keadaan kereta ayahnya ketika itu bukan seperti dilanggar atau melanggar sesuatu tetapi boleh terjunam ke gaun yang begitu dalam.

"Useless"

Fail tadi dibaling ke lantai. Rambutnya diramas. Bertahun-tahun dia cuba siasat perkara ini. "Kau tunggu bangsat bila aku jumpa kau, masa tu kau akan kenal siapa Tengku Nathan Lufian"

Nathan berlalu pergi. Dia perlu meredakan amarahnya. Dia menuju ke dapur dimana adanya sosok tubuh yang amat disayangi. Tubuh itu dipeluk dari belakang.

"Astarfirullahalazim Nathan, terkejut bonda" ujar bonda nya. Dadanya diusap perlahan.

Nathan ketawa kecil lalu dia merehatkan bahu dibahu bonda.

"Kenapa tak jumpa lagi" tembak bonda. Dia tahu kerja anaknya yang sedang mencari dalang disebalik kejadian kematian suaminya.

Nathan mengangguk perlahan.

"Nathan banyak kali bonda pesan tak usah cari dan maafkan mereka jika betul ayah mati dibunuh" tegur bonda. Dia mengeluh sedikit.

Nathan yang tadi melentokkan kepalanya mula berdiri tegak. "No bonda. Nathan dah berjanji dengan diri sendiri yang Nathan akan cari dia sampai jumpa" tegas Nathan.

"Tapi sampai bila Nathan, sampai bila Nathan nak habiskan masa bujang Nathan hanya untuk cari dalang yang entah wujud atau tak" ujar bonda. Lembut sahaja butir bicaranya.

Nathan menunduk lemah. Dia terdiam kerana dia sendiri tiada jawapan.

"Berhentilah buat kerja yang sia-sia. Sekarang bonda dengan Nathan dah bahagia." Ujar bonda.

"Nathan tak akan berhenti bonda. Arwah ayah selalu pesan jangan pernah putus asa jadi Nathan tak akan putus asa." Ujar Nathan.

Bonda tersenyum. Benar arwah suaminya selalu memesan ayat itu kepada anaknya. Nathan tak tumpah seperti arwah suaminya dari segi muka dan perangai.

"Degilnya anak bonda ni" ujar bonda. Tangan naik mengusap pipi Nathan. Kasih sayang dia terhadap anaknya tidak pernah pudar.

"Bonda benarkan Nathan teruskan penyiasatan tapi pada masa yang sama bonda nak Nathan bawa bonda calon" ujar bonda.

Dahi Nathan berkerut. "Calon ?"

Bonda mengangguk. "Iya calon bini kalau boleh bonda nak yang menutup aurat dan jaga solat. Itu dah memadai" ujar bonda.

Bertambah kerutan didahi Nathan. "Nathan nak cari kat mana bonda. Lagipun awal lagi nak fikir pasal kahwni, bonda" ujar Nathan dengan wajah polos.

"Awal kamu cakap, umur dah masuk umur 27 tahun. Kamu nak jadi tua bangka baru nak kahwin. Laku ke tidak kamu masa tu" bebel bonda.

Nathan terasa dejavu pula. Dia nasihatkan Safy tak tahu dia pun terkena sekali. "Bonda bagi lah Nathan peluang, please bonda" ujar wajahnya dicomelkan.

Bonda ketawa bila lihat muka cuak anaknya. "Bonda tak kira, bawa calon atau bonda halang siasatan Nathan. My decision is final." ujar bonda tidak endah dengan rayuan anaknya lalu dia berlalu pergi.

Nathan termangu seorang diri.

Parah, dia sudah lah jarang bersosial. Hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. Kadang sahaja dia keluar berjumpa tiga orang sahabatnya. Itu pun semua lelaki kalau perempuan pun Aira adalah tetapi isteri orang.

Kepala yang tidak gatal digaru. Gawat ini macam mana dia mahu cari calon kalau satu wanita pun dia tidak kenal. Tiba-tiba wajah Sofea muncul. "Ish kau gila ke Nathan itu adik kawan kau lah."

Nathan membawa diri ke bilik. Dia perlu membersihkan diri. Pasal calon kemudian nanti dia fikirkan.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now