Miss Sunset | 38

912 47 5
                                    

Bang ! Peluru terkena tepat di perut Qayyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bang ! Peluru terkena tepat di perut Qayyum.

"Mike ? K-kau t-tikam belakang aku." Darah tersembur keluar dari mulut Qayyum. Tangan Qayyum naik memegang dada.

"Tikam belakang ? I'm parasite, not your people. Aku orang bawahan Nathan merangkap musuh kau. Kau tak pelik ke setiap kali agenda kau buat mesti gagal sebab apa ? Sebab aku yang gagalkan. Tapi kali ni lain sikit sebab tuan aku selesaikan sendiri dan aku just play along. And one more thing, semua maklumat pasal aku adalah palsu."

Pistol disimpan lalu Mike menghampiri Qayyum yang terbaring lemah. Dia dekatkan bibirnya dengan telinga Qayyum.

"Kau sebenarnya adalah mainan dalam permainan yang tuan aku cipta. Kalau kau tak sentuh bini dia, aku rasa kau masih boleh bernyawa lagi," bisik Mike sambil ketawa. Pipi Qayyum ditampar sebelum Mike bangun lalu menghampiri Nathan.

"That was a good acting. I almost fell for it," ujar Mike. Dia menaikkan ibu jarinya keatas.

Nathan ketawa. "Pemangsa kena bijak macam mana nak terkam mangsa."

"Biar nampak bodoh tapi otak bijak," ujar Qash pula.

"Betul, aku sokong inspektor Qash."

"Wait ! Apa benda ni Nathan ? Jelaskan dekat kami, aku dengan Safy sumpah tengah blur," ujar Zayn.

"Ini semua plan aku dengan Qash. Mike, anak buah Qash dan merangkap orang bawahan aku," terang Nathan. Dia menepuk bahu Mike.

"Let me introduce myself, I'm Mike Carter. Deputy Inspector-General under Qash Arjuna, Inspector General. Dan merangkap anak angkat keluarga Nathan," ujar Mike.

"Sejak bila keluarga aku angkat kau," ujar Nathan. Dia menjeling Mike, suka hati petik nama keluarga dia jadi keluarga angkat.

"Sejak tuan dah kahwin. Aku yang teman bonda bercucuk tanam, tolong bonda masak." Mike berpeluk tubuh.

"Mengukit je kerja kau-"

Buk ! Nathan terjelupuk jatuh sebab serangan mengejut dari Safy.

"Apa masalah kau ?!"

"Soal mati kau boleh buat main ! Meh, sini aku bunuh kau betul-betul !" marah Safy. Dia mahu menumbuk Nathan sekali lagi namun Qash sempat menghalang.

"Lepaskan aku ! Aku... nak bunuh..." Safy mengosok matanya.

"Kau menangis, Safy ?" tanya Qash hairan.

"Diamlah ! Masuk habuk je !" Safy berlari keluar.

Qash memandang kearah Nathan, Nathan hanya mengangkat bahu. Biasalah safy, tak emosi tak sah.

Qash bantu Nathan berdiri. Kesian kawannya, tak pasal kena tumbuk dua kali. Mujur muka masih hensem kalau tak pensang Sofea tengok nanti.

"Kita nak buat apa dengan budak-budak si bangsat ni ?" tanya Qash, dia mengerling kearah geng bersenjata.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now