Miss Sunset | 10

1.6K 63 4
                                    

Luggage yang bersaiz sederhana dibawa dengan berhati-hati menuruni tangga ke tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luggage yang bersaiz sederhana dibawa dengan berhati-hati menuruni tangga ke tingkat bawah. Satu persatu satu tangga dipijak.

Sofea santai memakai jubah abaya hitam dan shawl hitam, janji menutup aurat. Kaca mata bulat yang senget dibetulkan bila sudah sampai ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari kelibat abangnya namun tiada.

"Brother ! Cepatlah nanti lambat sampai rumah tokma" panggil Sofea.

Pada awalnya dia seorang saja yang mahu pulang ziarah neneknya tetapi tiba-tiba abangnya mahu ikut serta jadi mahu tidak mahu dia kenalah terima kehadiran abangnya.

"Wait princess ! Ibu ada nampak tak stoking Safy kat mana." Laung Safy dari tingkat atas.

Sofea mengeleng kepala, rasanya dia sudah lama bersiap namun abangnya lagi lama bersiap. Hairan siapa perempuan, siapa lelaki sekarang.

Muncul datin Aida dari dapur. "Sofea makan dulu. Ibu nak pergi tengok abang kamu. Entah apa nak jadi dengan dia kat atas tu" ujar datin Aida sebelum berlalu pergi. Mujur ada datin Aida kalau tidak entah jumpa ke tidak barang yang dicari oleh abangnya.

"Okay ibu" jawab Sofea sambil tersenyum.

Dia dan datin Aida baik-baik sahaja. Pada awalnya dia terasa agak janggal namun ibunya sendiri yang melayannya sama seperti biasa membuatkan dia kembali selesa.

Dato Daniel ? Sama seperti dulu malah hubungan mereka makin renggang. Jarang bercakap malah bersua muka sudah jarang tetapi dia tidak kesah kerana dia hatinya masih tidak boleh terima perkara yang terjadi. Dia perlukan masa untuk berbaik dengan takdir.

Sofea melangkah kearah meja makan. Masakan datin Aida dipandang dengan pandangan yang penuh berselera. Kecur air liurnya bila aroma nasi lemak dan sambal sotong yang menusuk ke rongga hidung, sedap.

Laju sahaja tangan Sofea mencedok nasi ke dalam pinggannya dan tidak lupa sambal sotong kegemarannya. Dia dengan penuh teruja mahu menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Doa makan mana princess"

Terhenti suapan Sofea. Sofea terhenti bukan kerana ditegur tetapi suara itu bukan suara abangnya. Sofea dengan pantas berbaling kearah suara yang menegurnya.

Membulat matanya dek kerana terkejut bila melihat seorang jejaka yang segak memakai baju Polo hitam dan berseluar jeans biru cair yang sudah elok duduk di hadapannya.

"You ! Masa bila you ada sini" Ujar Sofea terkejut.

Nathan tersenyum lucu bila lihat wajah terkejut Sofea. Dia dari awal lagi perhatikan sahaja Sofea dari dapur. Gadis ini punya teruja dengan makanan sampai tidak perasan akan kehadirannya.

"About 5 minutes ago" jawab Nathan. Tangan dia mencapai kopi panas yang dibuat oleh datin Aida khas untuknya dan dihirup perlahan. Rasa pahit kopi terasa enak menjamah rasa.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now