Miss Sunset | 39

967 53 5
                                    

Langkah Sofea terhenti saat dia lihat keadaan wad yang sedang huru hara, jururawat dan doktor berlari keluar dari bilik sakit tempat Aisya ditempatkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah Sofea terhenti saat dia lihat keadaan wad yang sedang huru hara, jururawat dan doktor berlari keluar dari bilik sakit tempat Aisya ditempatkan.

Langkah demi langkah dia menghampiri wad Aisya. Sampai sahaja dihadapan bilik pesakit milik Aisya, dia menukup mulut. Telefon terlepas dari dari pegangan lalu terhempas jatuh ke lantai.

Sofea terus berlari menerpa kearah Aisya yang terbaring kaku diatas lantai. Tubuh Aisya berlumuran darah dibawa dalam pelukkan.

"Aisya... Bangun..."

Tubuh Aisya digongcang, pipi Aisya tampar perlahan-lahan. Tangannya mengigil mengusap wajah Aisya. Sejuk, badan Aisya sejuk. Pandangan Sofea tertumpu pada tangan Aisya. Ada torehan yang dalam, Sofea terdiam.

"Tak mungkin..."

Sofea merapatkan telinga dengan wajah Aisya sebelum Sofea turun di bahagian dada, dia cuba dengar degupan jantung Aisya.

Senyap.

Sofea mengeleng tak percaya. Dia naik membaca nadi Aisya, jawapan tetap sama. Sofea membaringkan Aisya.

Sebelah tapak tangan kanan Sofea berada di tengah dada Aisya, sebelah tangan lagi di menindih tangan kanannya dan jari-jemari Sofea bersilang. Sofea luruskan lengan dan siku sebelum dia mula menekan dada Aisya.

Cubaan pertama, Sofea menunduk mendengar dengupan jantung Aisya. Gagal.

"Come on, Aisya. Jangan buat kakak macam ni.." Air mata yang jatuh di pipi disapu kasar. Dia cuba sekali lagi.

"Sofea... Stop..." Kak Mel muncul bersama ahli forensik untuk ambil mayat Aisya. Lihat Sofea membatalkan niat mereka.

Sofea abaikan amaran Kak Mel, dia masih degil menekan dada Aisya. Kak Mel menghampiri Sofea lalu memegang tangan Sofea.

"Sofea berhenti... Aisya dah tiada..." rintih Kak Mel.

"Tak, Kak Mel... Aisya hidup lagi.. Tolong la cakap Aisya hidup..." rintih Sofea.

Kak Mel mengeleng lemah. "Aisya hembuskan nafas terakhir dia sebelum Sofea sampai lagi. Maafkan akak sebab lambat, masa akak jumpa Aisya. Dia dah tak bernyawa. Aisya dah tinggalkan kita..."

Sofea mengeleng lemah, tak percaya.

"Tak, tak... Adik bangun... Kakak datang ni..." Sofea meraung sekuat hati. Tubuh kaku Aisya dipeluk erat, dia menggoncang tubuh Aisya.

Semua yang melihat turut menitiskan air mata. Kak Mel habis kata mahu memujuk Sofea. Semua di situ hanya mampu membiarkan Sofea meruang sendiri.

"Sayang..." Belakang Sofea terasa hangat lalu bahu Sofea dipeluk erat. Dia tahu siapa yang memelukkan.

Nathan dekatkan bibirnya di telinga Sofea.

"Wife, jangan macam ni, kesian Aisya. Biarkan Aisya pergi, lepaskan dia. Dunia ni terlalu kejam untuk Aisya lalui," bisik Nathan perlahan di telinga Sofea. Sofea seakan terpujuk dengan kata-kata Nathan.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now