Miss Sunset | 11

1.5K 63 5
                                    

Sepanjang perjalanan hanya Nathan sahaja yang memandu

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Sepanjang perjalanan hanya Nathan sahaja yang memandu. Awalnya kereta dipenuhi suara bingit Qash dan Safy menyanyi tetapi itu hanya bertahan selama 30 minit sebelum semua tumpas ke alam lain.

Sepanjang perjalanan itu juga dia mencuri lihat Sofea yang berada di belakang melalui pantulan cermin. Tercuit hatinya bila lihat Sofea turut sama menyanyi.

"Princess..."

Sofea mengeliat sedikit bila tidurnya diganggu.

"Princess... wake up..."

Sofea membuka mata. Dia sudah terjaga dari lena. Perkara pertamanya yang dilihat adalah wajah jejaka namun tidak begitu jelas kerana dia tidak memakai cermin mata jadi penglihatannya kabur.

"5 minuter more, brother" ujar Sofea dalam mamai. Matanya kembali tertutup.

"Ya Allah bangun Layla Sofea, Nathan duk tunggu kamu sampai dah nak masuk waktu maghrib" jerit tokma di muka pintu. Disebabkan tingkap kereta terbuka jadi suara tokmak jelas kedengaran.

Tokma sudah pesan kejutkan Sofea tetapi Nathan degil tidak mahu, dia tidak mahu menanggu lena gadis ini jadi dia biarkan Sofea lena didalam kereta Benz S miliknya manakala  Safy dan Qash sudah lama lesap ke dalam rumah.

Nathan terdiam seketika, Sofea yang sedang lena dikerling sekilas. Kepala yang tidak gatal digaru, susah juga nak kejut budak ini.

"Princess bangun if not brother bagi kucing dekat princess nanti" Luang Safy yang baru terpancul di muka pintu. Wajah Safy jelas baru bangkit dari lena. Tangannya naik menutup mulut sedang, ngantuknya belum hilang. Dia kemaskan rambut yang serabai itu.

Sofea yang sedang elok lena terus terjaga bila mendengar ugutan daripada Safy. Lantas dia memeluk lengan Nathan tanpa dia sedar, badannya spontan bertindak tanpa berfikir.

"Tak nak kucing.... Sofea dah bangun, brother jangan lah bagi kucing" ujar Sofea tanpa sedar dalam dakapan Nathan.

"Safy Danish ! suka lah sakat adik kamu tu dah tahu adik kamu tu takut kucing, disebut juga. Nak kejut tu biarlah dengan cara elok" bebel tokma kepada Safy. Safy pula hanya sengih tanpa rasa bersalah.

Nathan terpaku. Dia pun tidak menyangka tindakan spontan Sofea. Telinganya dapat menangkap degupan jantung Sofea yang laju seakan baru habis buat lari pecut.

"It's fine princess." pujuk Nathan. Dia masih dalam keadaan kaku.

Namun Sofea masih tidak berganjak. Tangannya kuat mencekam baju Nathan. Kucing adalah haiwan dia paling takuti. Walaupun comel di mata orang lain tetapi menakutkan di mata dia.

"No cat Sofea, you can open your eyes" pujuk Nathan.

Saat mata Sofea terbuka. Dia terkejut bila wajah Nathan cukup rapat dengannya wajahnya. Lantas dia menolak Nathan jauh darinya.

C | Miss SunsetDonde viven las historias. Descúbrelo ahora