Special Chapter 1

1.1K 46 2
                                    

Setahun selepas kematian Tengku luft

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun selepas kematian Tengku luft

Asap rokok dihembus ke udara, Mike lepas saja makan malam, rokok dijadikan pencuci mulut. Dia bersandar pada tiang gazebo.

Sudah setahun dia tinggal di rumah agam Tengku Nathan Lufian sebagai penyisiat kes kematian ayahnya. Dia dilayan tak lari seperti keluarga sendiri, layanan Bonda tak ubah macam ibu sendiri.

Mike baru saja mahu menghala puntung rokok ke mulut tetapi ada tangan merampas dan mencampak puntung rokok ke tanah.

"I've told you many times, bro, to stop smoking." Nathan pijak puntung rokok.

"Mahal tu, Nathan!" Mike hanya mampu tengok puntung rokoknya dipedajal dengan sandal Nathan.

"Paru-paru kau murah lah ni, itu pasal tak kesah kalau rosak." Nathan ambil puntung rokok dan campak kedalam tong sampah. Lantas, dia duduk disebelah Mike.

Mike keluarkan kotak rokok dari poket, buang satu tinggal lagi 10 batang. Tiada hal ma!

"Simpan sebelum aku sagat mulut kau, biar tak boleh lah merokok," ugut Nathan. Tak serik betul si Mike.

Mike perlahan-lahan masukkan semula kedalam poket, benda lain pula dia keluarkan. Lolipop jadi ganti puntung rokok.

Nathan mengeleng kepala. Badan terbaring, tangannya dijadikan alas, tangan satu lagi diatas perut. Bulan purnama cantik terbentuk, bulat dan terang. Indah.

"Nathan, apa next move kau bila tahu budak Qayyum tu buat." Mike mengerling kearah Nathan. Dia dengar Nathan mengeluh.

"Aku tak pun tak tahu. Ayah aku tolong family dia dari muflis tapi family dia pula tikam belakang ayah aku. Ibupaba dia bunuh diri sebab tak boleh terima hidup susah tapi ayah aku pula dipersalahkan."

Nathan kembali diam, sakitnya hati bila teringat wajah pucat ayahnya tak bernyawa. Namun ajal menjemput tak kira usia, tak kira masa. Dia sudah reda dengan pemergian ayahnya. Satu pertama yang berharga sudah hilang, kini dia hanya tinggal satu saja lagi.

"Aku pelik, kenapa tak boleh tangkap dia. Aku ni inspektor kut," ujar Mike. Bangga dengan diri sendiri sampai kembang hidung.

Nathan ketawa. "Tak cukup bukti. Kalau nak jatuhkan hukuman seseorang dalam mahkamah kena bukti kukuh. Setakat bagi bukti guna deria, tak pasal kena halau."

"Betul juga, make sense."

Mike dan Nathan kembali diam. Masing-masing melayan perasaan. Fikiran Nathan melayang pada arwahnya yang sudah setahun meninggal, Mike pula fikir macam mana dia nak merokok tanpa kantoi dengan Nathan.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now