PART 1

41.3K 1K 8
                                    

" Mai lah singgah rumah dulu." Pelawa Puan Shaherah.

" Takpa lah aunty." Tolakku.

" Jomlah masuk rumah aku dulu. Ibu aku ada masak resepi baru tu. Kau kena cuba." Anak Puan Shaherah pula mempelawa.

" Sekejap je tau. Sat lagi umi aku mengamuk pulak aku balik lambat." Pesanku.

Ingat tadi lepas keluar makan dengan Jannah nak terus balik. Tapi banyak pulak persinggahannya.

Nadine dan Jannah keluar dari kereta Myvi milik Nadine.

" Adik, panggil abang turun makan sekali. Dari tengah hari tadi duk terperap dalam bilik." Suruh Puan Shaherah kepada Jannah.

Tidak sampai lima minit 'abang' yang disuruh oleh Puan Shaherah turun bersama Jannah.

Woo... Jannah tak bagi tahu pun yang dia ada abang sado macam ni.

" Kenalkan, kawan adik Nadine. Nadine, ni abang aku. The one and only. And annoying." Jannah memperkenalkan abangnya kepada Nadine.

" Tak pernah cerita pun yang kau ada abang." Ujar Nadine separuh berbisik.

" Abang aku baru je balik dari Brunei." Jelas Nadine.

Nadine mengangguk faham. Tapi tak faham pun sebenarnya. Sebab Jannah jarang bercerita mengenai abangnya yang sorang ni. Selalu bercerita mengenai kakaknya sahaja.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now