PART 16

14.9K 622 7
                                    

Skrin televisyen dipandang sepi. Cerita apa saja yang disajikan diwaktu petang hujung minggu begini kalau bukan drama cinta.

Mahu tertembus sahaja skrin televisyen itu ditenung. Semua kerja yang dibuat berasa amat lesu sekali. Tiada mood.

"Anak ibu okay?" Puan Soraya melabuhkan punggung disebelah anak tunggalnya itu.

"Betul ke cinta itu perlukan pengorbanan?" Soal Nadine.

Disaat apa yang dia rasa sekarang, dia tiada tempat untuk meluahkan perasaanya. Tak mungkin dia mahu luahkan pada Jannah.

Tak boleh. Jannah tak boleh tahu hal ini.

"Betul. Tapi ada yang mengambil kesempatan dengan apa yang kita korbankan." Kepala Nadine sudah dilentokkan keatas bahu ibunya.

"Ibu pernah berkorban. Ibu lepaskan orang yang ibu paling sayang hanya untuk melihat orang lain bahagia." Puan Soraya cuba menahan air mata dari mengalir.

Selama ini dia cuba menjadi seorang wanita yang kuat didepan anaknya itu.

"Nadine faham perasaan ibu. Pengorbanan yang ibu lakukan terlalu besar untuk arwah abah." Kini tubuh ibunya dipeluk. Baginya ibu adalah wanita yang paling tabah.

Peristiwa 14 tahun yang lepas terimbas di memori kenangannya.

Tok mak meminta abah berkahwin lain. Oleh kerana ibu tidak boleh mengandung selepas berlaku komplikasi semasa kelahirkanku.

Tok mak terlalu mahukan cucu. Mahukan waris lagi. Memandangkan arwah mak long, anak sulung tok mak meninggal akibat barah hati tidak mempunyai anak.

Perempuan mana yang sanggup melihat suaminya berkahwin lain. Ibu mengambil keputusan untuk berpisah dengan abah sebelum abah berkahwin dengan aunty Mida.

Lepas ibu dan abah berpisah, aku dah kekurangan kasih sayang seorang ayah. Ibu apatah lagi. Aku bangga dengan ibu sebab sampai sekarang ibu tak pernah bagitahu aku yang dia nak kahwin lain. Ibu terlalu setia dengan abah.

Ibu kata, ibu tunggu abah. Ibu takut abah nak rujuk dengan ibu kembali. Tapi, aku lihat abah makin bahagia dengan isteri baru.

Walaupun masa tu aku baru berusia belasan tahun, aku faham apa yang orang dewasa cakap.

Ada satu hari tu, abah jenguk aku. Dia bawa aku balik rumah tok mak. Aku dengar tok mak marah abah datang jenguk aku dan ibu. Tok mak kata abah dah tiada kaitan dengan kami.

Sampai hati tok mak buat aku dan ibu macam ni.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa ada manusia yang tidak boleh melihat orang lain bahagia.

Aku tak marahkan tok mak. Dan aku tak marahkan arwah abah. Abah pun dah tenang kat sana. Kami dah maafkan dia. Kami tahu masa tu abah sayangkan kami. Tapi abah terpaksa, sebab syurga abah di bawah telapak kaki tok mak. Abah terpaksa ikut kata tok mak.

"Nadine cari lelaki yang menerima Nadine seadanya ya sayang. Ibu tak nak apa yang ibu lalui terjadi pada Nadine. Cari orang yang boleh berkorban diri dia untuk kita, dan jangan sesekali kita sakiti hati orang yang sudah banyak berkorban untuk kita." Kepala anaknya diusap penuh kasih sayang.

Nadine menganguk.

Mungkin Tuhan hanya mempertemukan kita tetapi bukan untuk menyatukan.

*

"Nadine, ada klien nak jumpa." Wawa menyentakkan lamunannya.

Haish. Nak mencari ilham pun payah. Kertas-kertas diatas mejanya dikemas. Banyak kertas conteng sahaja daripada kertas lakaran.

"Masuk." Nadine memberi keizinan klien untuk masuk ke dalam bilik yang terbuka itu.

"Assalamualaikum..." Salam yang diberi sengaja dileretkan.

Nadine mengangkat wajah.

"Jannah?" Terjerit kecil Nadine apabila melihat 'klien' yang dikatakan oleh Wawa.

"Babe, lama tak jumpa." Mereka sudah saling berpelukkan.

"Kenapa datang tak bagitahu?" Soal Nadine teruja.

"Nak jumpa kawan sendiri pun nak kena buat temujanji." Rajuk Jannah.

"Haish. Takdelah. Mana tahu aku keluar ke, pergi cari fabrik. Ni sampai datang ke butik cari aku mesti ada hal penting gila." Telah Nadine.

"Ofcouse-lah. Aku datang sini nak bagi ukuran baju. Ada orang tu hari tu kata nak belanja baju exclusive sebab sudi jadi model terjun." Jelas Jannah tanpa berdolak-dalih.

Nadine menepuk dahi. Ya Allah, lupa!

"Babe. Nasib kau ingat. Nah! Pilih nak design macam mana? Nak tambah apa? Dan nak tolak apa? Bagitahu aku." Nadine mengeluarkan kertas-kertas lakaran rekaannya dari fail-fail yang berada diatas meja kerjanya.

"Wow. Ni betul-betul eksklusif ni. Cantiknya Nadine." Jannah jadi teruja apabila melihat lakaran rekaan kawan baiknya itu.

"Well..." Nadine membuat muka riak.

Jannah mencebik.

"Jannah, dari tadikan sebenarnya aku tengok muka kau ni berseri-seri aje. Ada apa-apa ke?" Soal Nadine. Sejak dari Jannah datang lagi dia merasakan ada sesuatu pada kawan baiknya itu.

"Eh, mana ada apa-apa. Tak ada apa lah." Jawab Jannah gelabah.

"Kalau takde apa-apa tak payahlah nak mengelabah sangat." Tegur Nadine.

Jannah melarikan lirik matanya pada kertas lakaran Nadine.

Mata Nadine tertancap pada jari manis milik Jannah.

"Lawa cincin." Usik Nadine. Nak main tarik tali ya.

Cepat-cepat Jannah menutup tangan kirinya dengan kertas di atas meja.

"Ok. Sebenarnya kau datang jumpa aku ni untuk apa?" Soal Nadine mahu berterus-terang.

Dia tahu Jannah sekarang ni tengah banyak job. Bukan suka-suka dia datang sini tanpa tujuan.

Wajah Jannah sudah bertukar tona. Dengan sengihan kerang busuknya itu.

"Aku nak bertunang." Cincin yang tadinya disorok kini tersua dihadapan muka Nadine.

Melopong Nadine dengan kenyataan Jannah.

"Nak bertunang? Habis tu cincin dah sarung?" Soal Nadine dengan saki baki terkejut.

"Ni cincin merisik." Balas Jannah malu-malu kucing.

"Babe, tak sangka kau nak bertunang dah. Bila?" Soal Nadine kini dengan nada teruja pula.

"Next week."

"Awalnya. Dahlah baru hari ni nak bagitahu aku." Nadine pura-pura merajuk.

"Babe, aku baru je tahu kelmarin. Family Hairi nak cepatkan."

"Jap, Hairi? Hairi pengarah muda yang digosipkan dengan kau tu?"

"Ha'ah." Jannah menyegih.

Nadine mencebik.

"Hari tu beria-ia menafikan. Kawan biasalah. Kawan satu industri lah. Kawan satu kapal lah. Sekarang ni nak satu bahtera pulak." Perli Nadine.

"Tu dulu. Sekarang dah cerita lain. Datang tau rumah aku minggu depan. Disebabkan kau tetamu yang diundang, kau kena datang awal sehari. Kau kena tolong aku." Kata Jannah.

Nadine hanya setuju. Dulu masa zaman belajar, mereka pernah berjanji untuk sentiasa ada disebelah untuk hari paling bahagia.

Nadine tersenyum bahagia memandang Jannah. Nak kahwin dah kawan aku seorang ni.

Bahagia kau, bahagia juga untuk aku Jannah.

---

Jannah dah nak bertunang. Nadine bila lagi haa?

Nah untuk mereka yang lama menunggu.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now