PART 30

15.2K 602 40
                                    

Naqi tersentak apabila melihat Thalia melalui kaca kecil yang terdapat dipintu itu tiba-tiba rebah di kerusi. Pantas Naqi memanggil Doktor Ihsan.

Kerusi roda dibawa masuk ke dalam bilik wad itu kemudiannya membawa Thalia keluar ke bilik rawatan yang berhampiran di tingkat 3 hospital itu.

Nadine mengucap panjang. Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambaMu yang lemah itu.

Di wajah Naqi hanya terpamer riak risau. Lidahnya tidak berhenti berzikir di dalam hati.

"Jangan risau. InshaAllah, semuanya akan selamat." Nadine cuba menenangkan Naqi.

Naqi hanya mengangguk dan menunduk lemah.

Rasa menyesal mula timbul di dalam dirinya. Kalau lah aku tidak setuju untuk temukan Thalia dan Hadi pada masa ini. Semua ini tentu tidak akan terjadi.

Namun pantas Naqi beristigfar di dalam hati. 'Astagfirullah hal azim'. Dia tidak patut berkata 'kalau'. Perkataan 'kalau' itu seperti tidak meredhai takdir Allah. Sebaliknya dia harus yakin dan percaya, setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

"Encik Naqi." Tegur Doktor Ihsan sebaik sahaja keluar dari bilik rawatan yang merawat Thalia tadi.

Nadine datang mendekati dua lelaki itu.

"Macam mana keadaan Thalia, doktor?" Soal Naqi yang bangkit dari duduknya.

"Keadaan Puan Thalia dan kandungannya baik. Dia cuma terkejut sahaja. Jadi selepas ini saya minta Encik Naqi menjaga Puan Thalia dengan lebih baik lagi. Saya risau jika ianya berlaku lagi akan memberi kesan kepada kandungannya." Nasihat Doktor Ihsan.

"Baik doktor. Terima kasih. Boleh saya jenguk Thalia?" Naqi meminta izin.

"Buat masa ni. Biarlah dia berehat di bilik rawatan dulu. Bila dia dah sedar baru Encik Naqi boleh bawa dia keluar dan berehat diwadnya semula." Pesan Doktor Ihsan lagi.

Naqi hanya mengikut arahan Doktor Ihsan. Thalia perlu berehat secukupnya.

"Jom kita pergi makan dulu. Nanti awak pula yang sakit." Ajak Naqi.

"Kalau saya sakit ada orang nak rawat ke?" Sengaja Nadine mahu mengusik Naqi. Sejak kejadian semalam, mereka seolah asing antara satu sama lain.

"Mestilah ada." Balas Naqi.

"Siapa?" Soal Nadine sedikit teruja.

"Shahir?"

Nadine terdiam. Jawapan yang diharapkan tidak disebut oleh Naqi. Malas mahu berkata apa-apa. Takut nanti bergaduh lagi. Hal kecil sahaja. Lagi pun dia juga yang mulakan dulu.

*

"I nak pergi tengok Hadi." Rengek Thalia.

Kini Thalia sudah ditempatkan diwadnya semula. Sejak sedar tadi dimulutnya tidak henti menyebut nama Hadi.

"Lepas you dah sihat, baru you boleh tengok Hadi." Pujuk Naqi.

"I dah sihat. I nak pergi tengok dia sekarang." Thalia menjerit kecil.

"Jangan macam ni Thalia. Dengar cakap I, lepas you sihat I bawa you jumpa Hadi." Naqi mengusap lembut ubun kepala Thalia.

Mata Thalia perlahan-lahan mula layu.

Nadine hanya melihat mereka berdua dari sudut bilik itu. Tampak Naqi seperti kasih kepada Thalia. Usapan itu sangat lembut sehingga membuatkan Thalia terlelap dengan cepat.

Sebuah helaan nafas terlepas dibibirnya.

*

"Thalia dah tidur?" Soal Nadine sebaik sahaja Naqi keluar dari bilik yang menempatkan Thalia. Dilabuhkan punggung disebelah kerusi Nadine.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now