PART 23

14K 577 14
                                    

Nadine menahan pintu kereta itu dari dibuka. Menahan memilik kereta itu meloloskan diri kedalam.

Naqi tersentak apabila pintu keretanya ditahan secara tiba-tiba. Bertambah terkejut apabila melihat gerangan yang membuatnya begitu.

"Eh, awak buat apa kat sini?" Soal Naqi.

"Saya baru lepas jumpa klien dekat kafe sana tadi. Lepas tu terjumpa awak dekat sini." Balas Nadine.

"Yelah tu klien." Gumam Naqi perlahan tapi masih dapat di dengar oleh Nadine.

"Awak ni kenapa?" Soal Nadine dengan kerutan didahi.

"Kenapa apa?"

"Tetiba je senyap. Sepi. Hilang dari radar." Balas Nadine geram. Dah seminggu lepas kejadian tu Naqi tidak menghubunginya.

"Saya banyak kerjalah. Banyak benda nak kena fikir. Awak takpelah, ada orang amik berat. Kita ni siapalah kan." Ada bunyi rajuk dalam nada Naqi.

Nadine menarik muka. Sekarang ada masalah dah tak nak cerita dekat aku.

"Awak ni kenapa? Kita kan kawan. Dah tak boleh nak kongsi masalah dah sekarang?"

Naqi hanya diam. Tak tahu nak cakap apa. Sepatutnya aku yang merajuk tapi sekarang seolah-olah aku pula yang salah.

"Kalau tak nak, tak apa. Saya tak kisah. Lepas ni jangan nak cari saya lagi." Lepas Nadine dan berlalu dari situ. Geram.

"Nadine." Naqi memanggil nama Nadine tidak terlalu kuat kerana mereka sekarang berada di tempat awam. Sedikit pun Nadine tidak menoleh.

Haish, tak tahu lah apa masalah mamat tu tetiba nak merajuk macam budak-budak. Ada masalah bukan nak kongsi. Omel Nadine menujuk ke arah keretanya.

*

"Hadi ada hubungi you?" Soal Naqi sebaik sahaja pulang dari kerja. Beg bimbit diletakkan di atas kerusi.

"Takde." Geleng Thalia.

Naqi menyandar lesu di kepala sofa. Melepaskan lelah.

"Dia sikit pun tak pedulikan I." Sambung Thalia. Punggung dilabuhkan disebelah Naqi.

Mata Naqi dipejam rapat.

"I'm sorry Thalia. I tak tahu dia dendam dengan I sampai macam ni." Ujar Naqi.

Perkara sebenar telah diceritakan kepada Thalia. Cuma dia belum berani untuk memberitahu Nadine. Takut dia dan Nadine makin jauh. Biarlah kali ni memberi ruang kepada hal dia, Hadi dan Thalia.

"I pun tak sangka Hadi macam tu. Hadi yang I kenal dulu tak macam ni. Dia seorang yang sangat protective."

"Yeah, I pun kenal Hadi macam mana. Kita doakanlah supaya hati dia lembut dan terbuka untuk terima you dan memaafkan I." Doa Naqi ikhlas.

*

Semua kerja yang dilakukan tidak kena. Bakul sampah sudah penuh dengan renyukan kertas A4 berwarna putih yang diatas permukaannya dilakarkan lukisan yang tidak menjadi.

"Apa yang you buat tu Nad?" Soal Wawa yang menjengahkan kepalanya dimuka pintu bilik kerja Nadine.

"Wa, I kekeringan idea lah." Adu Nadine. Wawa tersenyum manis.

"Nad, you kalau kekeringan idea mesti otak you tengah tak betulkan?" Teka Wawa. Kenal sangat dengan Nadine kalau bab kerja ni.

"Wa, you tahu je kan?" Nadine membaling satu renyukan kertas ke arah Wawa yang berdiri di depan pintu.

"Gila I tak tahu. Dah hampir 2 tahun kot kita kerja satu bumbung." Wawa membaling semula kertas itu ke arah Nadine.

Nadine mencebik.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now