KSK Raya Part 1

11.3K 453 90
                                    

"Termenung apa tu Kak Nadine?" Soal Jannah.

Nadine menyengih.

"Perli nampak."

"Eh, bukan perli tau. Dah engkau sekarang ni jadi kakak ipar aku a.k.a sahabat sehidup semati. Kenalah panggil gelaran 'kakak'."

"Suka hatilah Jannah. Tapi kalau kita berdua saja panggil aku-kau sajalah. Rasa macam hati kita jauh kalau kau panggil aku kakak."

"Baik Puan Nadine. Dah ni kenapa dari tadi aku tengok kau asyik termenung saja?"

Nadine terdiam. Apa yang difikirkan di dalam kepalanya tadi berputar kembali. Difikirannya ada seorang wanita yang sudah tiada di dunia ini.

Thalia.

Hal dua hari lepas yang menyentak hatinya. Dimana Naqi yang sedang ketiduran memeluk sebuah bingkai gambar Thalia. Naqi masih rindukan Thalia? Sampai tertidur dia merindui Thalia? Adakah sampai dia termimpi-mimpikan Thalia juga?

"Tengok tu, dia termenung lagi." Sergah Jannah.

Nadine hanya tersenyum kelat. Jannah tidak perlu tahu hal ini lagi. Lagipun Naqi juga tidak tahu yang aku melihat dia memeluk bingkai gambar Thalia.

"Tak ada apalah. Aku cuma terfikir lauk untuk sahur hari pertama kita nanti."

"Lah itu yang difikirnya sampai tembus dinding rumah ibu ni."

Nadine hanya menyengih. Bahaya kalau Jannah dapat tangkap apa yang berlaku. Habis semua orang dia akan soal-siasat. Siapa tak kenal wartawan didepannya ini.

"Naem mana?" Soal Jannah.

"Dekat bawah. Tengah seronok bermain dengan Nayla."

Nayla, anak Kak Lily. Baru ada dua orang cucu sudah riuh rumah ibu ni. Apalah jadi kalau anak aku sendiri dan anak Jannah nanti berkumpul dalam rumah ibu dan baba ni. Mesti lagi meriah. Tak payah tunggu raya.





MALAM ini semua keluarga Encik Bahrin dan Puan Shaherah berkumpul diruang tamu utama. Meriah dengan gelagat anak menantu. Semua orang bergilir-gilir bertukar cerita. Naem juga tidak ketinggalan dengan mulut bertih jagungnya. Tetapi tidak bagi Naqi. Sejak tadi Naqi hanya berdiam dan menjadi pemerhati.

Nadine menjadi semakin tidak faham dengan Naqi. Suaminya itu dipandang sekilas. Langsung tidak punya perasaan bila ibu menyoal tentang anak. Selalu dia yang akan mengusik Nadine bila soalan itu diajukan.

"Nadine naik atas dulu. Tak solat isyak lagi." Nadine memberikan alasan. Padahal dia sudah solat sebelum turun ke bawah tadi. Dia tidak boleh tahan dengan perangai pelik Naqi.

"Nak ikut bonda." Naem sudah menarik tangan aku untuk menaikki anak tangga. Dengan perlahan Naem dipimpin naik tangga walaupun langkahnya selangkah demi selangkah.

Sampai sahaja didalam bilik dua beranak itu terus berbaring diatas katil. Muka Naem kelihatan sudah mengantuk. Terkebil-kebil matanya memandang siling. Jam di meja kecil ditepi katil dikerling. Lagi 15 minit nak masuk pukul 10 malam. Patutlah Naem sudah mengantuk. Waktu tidurnya dirumah.

Punggung Naem ditepuk dengan penuh kasih. Naem hanya mendiam melayan matanya.

"Naem, abi rindukan mama Naem." Luahku. Aku tidak tahu mahu meluahkan pada siapa. Mungkin Naem saja yang mengerti keadaan keluarga kita.

"Abi sayangkan mama Naem. Abi sayangkan bonda juga tak?" Soalku. Mata Naem yang bulat memandang tepat kearah mataku.

"Cayang." Jawab Naem dengan penuh yakin.

"Kalau sayang bonda kenapa tak peluk gambar bonda?" Punggung Naem masih lagi ditepuk perlahan.

"Bonda cayang abi?" Soal Naem. Bijaknya. Berborak seperti orang dewasa walhal baru berusia 3 tahun.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now