PART 20

14.8K 610 11
                                    

"Aku nak cari dia sampai dapat!" Air minuman disedut kasar.

"Naqi, bersabarlah sikit. Jangan diikut sangat hati tu." Sudah puas Nadine menenangkan Naqi yang tengah panas hati. Bila marah semua benda nak hentam. Sebab tu bila marah kena diamkan diri. Duduk supaya dapat menenangkan diri.

"Dah pandai buat, nak lepas tangan macam tu aje." Bengang tadi tidak habis lagi.

Macam mana tidak bengang, bila Faizul menunjukkan gambar Hadi sedang seronok bermesra dengan perempuan lain pula. Dah habis madu, sepah dibuang. Tak sangka perangai Hadi sebegini rupa.

"Faizul, tenangkanlah kawan kau ni." Suruh Nadine apabila melihat Faizul yang hanya berdiam tidak berkutik.

"Kawan kau juga kan. Apa kata kau je yang tenangkan dia. Naqi ni kalau awek yang tenangkan cepat aje mood jadi cool." Balas Faizul.

Nadine menghadiahkan jelingan. Walaupun baru beberapa kali mereka bertemu, Nadine dan Faizul cepat ngam antara satu sama lain.

"Rilex-lah bro. Nanti aku dapatkan info mamat tu. Aku tolong kau cari dia. Kau nak aku belasah dia cukup-cukup pun aku buat." Faizul memberi janji kepada Naqi. Pertolongan yang pertama tu mungkin dia akan usahakan tapi pertolongan yang kedua tu mungkin hanya seperti menanam tebu ditepi bibir. Bukan cara dia menyelesaikan masalah dengan cara kasar.

"Blah la. Nak belasah konon." Sinis Naqi. Zaman sekolah dulu, masa Faizul kena buli Naqi yang selalu back-up Faizul. Ini ada hati nak belasah orang.

"Awak tak tanya ke Thalia, sama ada Hadi ada contact dia lagi atau tidak?" Soal Nadine.

"Tak. Saya malas nak bercakap dengan dia." Balas Naqi. Nak bercakap dengan Thalia pun rasa tak guna. Perempuan tu akan berdalih jika perkara mengenai Hadi dan kandungan dia diutarakan.

"Cuba awak psiko Thalia. Tanya Thalia tentang soal ni seolah-olah awak ambil berat pasal diri dia. Mesti dia buka mulut." Usul Nadine.

"Itu pun kalau dia nak." Serkap Naqi.

"Awak keluarkanlah ayat-ayat cinta awak tu. Sweet-sweet sikit. Simpan dingin tu dulu." Pujuk Nadine.

Faizul hanya mendengar dua orang rakannya itu 'bercakar'.

"Betul ni nak suruh saya sweet-sweet dengan Thalia?" Uji Naqi.

"Iya-lah. Sweet dengan ISTERI sendiri apa salahnya. Betul tak Faizul?" Giliran Nadine pula cuba menguji Naqi. Sengaja ayat isteri itu ditekankan. Kasi highlighter sikit.

"Aku tak nak masuk campur dalam urusan kamu berdua." Faizul mengangkat tangan tanda menyerah. Kang tak memasal jadi tiang lampu tidak bercahaya pulak kalau salah sorang merajuk.

Pasal kisah Naqi dan Thalia pun baru saja dia tahu. Itu pun sudah membuatkan dirinya serabut memikirkan cara untuk membantu sahabatnya itu.

"Baiklah. Arahan diterima. Tak sabar rasanya nak bersweet-sweet dengan isteri balik nanti." Sengaja Naqi berkata begitu kerana mahu melihat reaksi Nadine.

Nadine hanya membuat muka seperti tiada apa yang perlu terasa dengan kata-kata Naqi. Walhal di dalam hati dah berbakul-bakul makian untuk diri sendiri. Mahu sahaja mulut ni ditepek-tepek dengan tangan. Ni namanya kerana mulut, hati merana.

*

Pagi itu Naqi menjalankan misinya seperti yang diusul oleh Nadine. Dia sengaja berbuat baik dengan Thalia dengan menyediakan sarapan pagi. Pinggan yang berisi roti sandwich disusun elok diatas meja makan. Gelas diambil di rak pinggan dan susu segar dari peti sejuk dibawa keluar.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now