Last Word Irra

13.8K 298 24
                                    

Salam & Hai Readers!

Seperti yang diketahui, Kawan Sampai Kahwin (KSK) sudah pun sampai ke penamatnya pada 21/02/2016. Yeayyy (sorak keriangan).

KSK merupakan cerita pertama Irra di Wattpad yang berjaya ditulis sehingga tamat. Alhamdulillah. Irra mula menulis KSK sejak Irra masih Internship lagi pada bulan Oktober tak silap. Ambil masa 4 bulan untuk siapkan 34 part. *lembab giler aku tulis* hahaha.

Atas sokongan readers, Irra teruskan sambung menulis KSK. Yang pernah terdetik dihati tak nak tulis dah sebab tak mendapat sambutan pada awalnya. Lepas tu dapat komen yang mematahkan semangat.

Terima kasih pada yang sentiasa ternanti-nanti, sabar menunggu KSK diupdate. Korang memang awesome lah sebab penulis dia memang lambat gilak kalau nak update next part. Hahaha.

KSK ni memang hadiah untuk korang yang sudi menyokong Irra memulakan perjalanan sebagai seorang penulis cabuk.

Irra tahu, ramai penulis di Wattpad masih muda-muda, masih bersekolah yang berjaya menulis dengan lebih bagus dari Irra. Irra memang bagi tumbs up lah. Irra start menulis pun sejak di bangku sekolah lagi. Curi-curi menulis dan masuk pertandingan menulis cerpen tu semua.

Masa sekolah dulu, ayat yang keluar memang dramatiklah. Bahasa Melayu memang fav subjek. Tapi lepas dah habis sekolah, dah lama tinggalkan alam persekolahan. Sambung belajar pun dah tak nampak ayat-ayat dramatik. Yang nampak nombor-nombor saja. Haaa inilah jadinya. Ayat pasar malam lah kita.

Eh, apa yg aku dah melalut?!

Apapun nak cakap, terima kasih bebanyak. Kalau boleh, teruskanlah menyokong & membaca karya-karya Irra yang lain *kau ingat artis hehe*. Jangan berhenti setakat KSK sahaja. Sebab korang memang awesome gilak!

Kalau sudi, mari follow Instagram Irra; irrafasra. Kalau sudilah, Irra tahu korang sudi punya!

Last but not list

Maaf kalau ending KSK berlaku tidak seperti yang korang harapkan. Cerita ni memang Irra plan memang nak berlaku macam tu. Nak kongsi dekat korang yang; walau apa benda buruk/ujian yang berlaku pada pasangan kita, jangan terus menghentam dan meninggalkan dia. Bagi semangat pada dia. Kalau dah memang jodoh kita, apa perkara terjadi pun akan tetap bersama. At least kita mencuba yang terbaik. Kalau ditinggal pun, tidak ditanggalkan dgn sia-sia tanpa usaha. Trust me. The best man/women will stay with you.

Kalau ada rezeki dinovelkan KSK ni Irra harap sangat akan mendapat sambutan yang mengalakkan. Dan Irra akan cuba tidak membuat korang rasa menyesal membelinya.

Nak tahu bagaimana Nadine Sophia boleh terima dan bersetuju untuk kembali/berkahwin dengan Naqiuddin Ahmad? Nak merasai kemanisan macam mana Naqiuddin Ahmad memujuk Nadine Sophia? Jawapannya bakal terjawab nanti...

Betul-betul last

Irra nak minta jasa baik korang untuk membuat pemilihan. *dah mcm pemilihan raya pulok*. Pemilihan cerita untuk mengantikan KSK.

1. Berganti Hati
2. Kasyahnova Sang Setia

Irra tak tahu korang suka baca yg mana satu. Nombor satu ke nombor dua? Ke korang tak suka baca kedua-duanya. Hahahaha penulis syok sendiri rupanya T.T. buat pemilihan eh eh eh.

Okey terima kasih. Byeee jumpa lagi dicerita lain pula.




Si Penulis Cabuk
IrraFasra

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now