PART 3

20.1K 780 1
                                    

" Saya tak tahu pulak Jannah ada abang." Ujar Nadine.

" Jannah tak pernah cerita pasal saya kat awak ya?"

" Tak. Selalu Jannah cerita pasal aunty, uncle and Kak Lily je."

" Mungkin sebab saya dari kecil memang duduk jauh dengan family. Masa kecil duduk kat kampung dengan tok ayah dengan tok mak. Masuk sekolah menengah duduk asrama. Belajar pun luar negara. Dan kerja pun kat luar negara." Naqi membuka kisah tentang dirinya.

" Ohh... patutlah. Jadi sekarang awak tengah cutilah ni?"

" Taklah. Saya nak terus menetap kat Malaysia negara yang tercinta ni."

Nadine mencebik.

" Orang Malaysia semua teringin nak duduk kat luar negara tu."

" Dia belum tahu lagi apa maksud pepatah melayu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."

" Betul jugak."

" Dah lama ke berkawan dengan Jannah?"

" Kami kenal sebab satu Universiti masa diploma dulu dan sampailah kami dah mula kerja ni. Lama jugaklah kiranya dari diploma, degree dan kerja." Terang Nadine.

Setelah pelbagai cerita yang dikongsikan, kedua-duanya menghabiskan makanan yang dipesan untuk segera pulang ke rumah masing-masing. Hari pun dah lewat petang. Barang- banrang yang mahu dibeli pun sudah diperolehi.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now