PART 24

13.7K 583 49
                                    

Nadine menilik jam dipergelangan tangan kirinya. Hampir setengah jam sudah berlalu. Dua manusia di depannya dijeling. Masing-masing sunyi membelek telefon pintar kepunyaan sendiri. Zaman sekarang istilah bagi perkataan melepak memang berkeadaan beginikah?

Lelaki di depannya menyengih sambil mata memandang skrin telefon pintar.

Perempuan disebelah lelaki itu pula sedang menaip sesuatu di telefonnya juga.

Kalau aku cantumkan kepala dua beradik ni apa yang akan terjadi gamaknya?

"Sebenarnya korang berdua ajak aku lepak sini untuk apa? Tengok drama bisu korang ke?" Kesunyian meja mereka dipecahkan oleh Nadine.

Jannah mengangkat sedikit wajahnya.

"Helo? Aku teman mamat ni yang nak melepak. Pastu korang berdua diam seribu bahasa. Aku yang tengah tengok drama bisu korang sebenarnya tau." Balas Jannah.

"Kalau macam tu baik aku lepak kat rumah je." Rajuk Nadine.

Jannah menyiku lengan Naqi. Menyuruh cakap sesuatu dengan Nadine.

"Nak cakap apa? Ada orang tengah protes tak nak cakap dengan abang lah." Balas Naqi.

Jannah mengetap giginya. Orang dah bagi chance tak nak manfaatkan.

"Jannah cakap dekat abang kau, dah tahu tak nak bercakap tak payahlah nak jumpa." Nadine menyuruh Jannah menyampaikan kata-katanya kepada Naqi. Walaupun Naqi hanya berada di hadapannya.

"Abang, Nadine kata kalau tak nak cakap tak payahlah nak jumpa." Jannah lurus menyampaikan pesanan.

"Siapa cakap abang nak cakap dengan dia. Abang nak jumpa dia je. Adik cakap dengan dia macam tu." Ujar Naqi.

"Nad, abang aku cakap... eh, korang ni duduk depan-depankan. Cakaplah sendiri. Yang tetiba aku nak kena jadi burung kena hantar telegram korang ni dah kenapa." bengang Jannah.

Dua-dua menjeling ke arah Jannah.

"Orang pergi ladies jap. Orang balik je dari ladies dua-dua dah ada mulut nak bercakap ya." Ugut Jannah. Sling bag dicapai dan berlalu meninggalkan meja mereka.

Setelah hampir dua minit senyap, Naqi memulakan untuk bersuara.

"Nadine Sophia." Seru Naqi.

Nadine tersentak. Nama penuhnya dipanggil.

Nadine mengangkat wajah memandang ke arah Naqi.

"Boleh tak hati awak tu duduk diam-diam kat situ. Jangan pergi kat mana-mana hati lelaki lain." Ayat Naqi membuatkan jantung Nadine terjerit kecil.

"Haa?" Soal Nadine blur.

"Boleh tak tunggu sampai keadaan kembali pulih. Tunggu sampai masalah saya dan Thalia selesai." Pinta Naqi. Wajah lembut Nadine dipandang kemudian dikalih ke arah lain.

"Ya. Saya tak pergi mana-mana. Kan kita dah janji yang kita akan kawan sampai bila-bila. Tapi awak yang menjauh dari saya. Dan saya faham Thalia lebih memerlukan masa awak lebih dari saya." Balas Nadine.

"Awak dah salah faham..."

"Awak pun dah salah faham. Saya tak ada apa-apa pun dengan Zharif. Awak yang tiba-tiba meradang." Celah Nadine.

"Yelah. Dua-dua salah faham. Saya tak nak dia lukakan hati awak lagi. Tak serik lagi ke menangis macam budak kecik kat taman dulu?" Naqi mengalah. Kalau terus bertekak sampai tahun depan pun takkan habis.

"Eleh, nak cakap diri tu superhero lah datang selamatkan budak yang menangis tu?"

Naqi dan Nadine ketawa. Rasa kelakar pula bila mengingatkan perkara lepas. Dua-dua tak nak berterus terang. Dan dua-dua membuat andaian negatif sendiri.

"Haa... boleh pulak bersuka ria?" Muncul Jannah.

"Mestilah." Balas Naqi.

"Dah ok ya. Kosong kosong. Kang tak memasal jumpa orang ni termenung, aku jumpa orang tu pun termenung jugak." Perli Jannah.

Kedua-duanya menjeling ke arah Jannah.

Mata Naqi di larikan ke arah lain selepas wajah Nadine menjadi tatapannya.

Jatuh pula pada wajah seseorang yang amat dikenalinya.

"Tunggu sekejap. Abang nak jumpa kawan." Kata Naqi. Tetapi mata memandang ke arah Nadine.

Nadine menelan air liur. Abang? Tersasul kot.

Jannah sudah tersengih-sengih sambil membuat aksi meluat.

*

"Assalamualaikum." Sapa Naqi seraya menepuk bahu lelaki yang dikenalinya itu.

"Wa'alaikumusalam." Walaupun nampak tidak senang dengan kehadiran Naqi, dijawab juga salam itu.

"Jumpa jugak kau kat sini. Jom aku bawa kau jumpa dengan Thalia. Kita settle cara anak jantan." Ajak Naqi.

Hadi mencerlung mata ke arah Naqi. Tajam.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan bertanggungjawab ke atas Thalia. Kalau kau nak aku bertanggungjawab kat Thalia, kau kena bertanggungjawab ke atas kematian Amira!" Ugut Hadi.

Dada Naqi sudah berombak. Kerusi didepan lelaki itu ditarik. Punggung dilabuhkan.

"Dengan cara apa? Hidupkan semula roh Amira. Gila. Itu bukan kerja aku!" Marah Naqi dikawal supaya tidak didengari oleh pengunjung lain di restoran itu. Mujur sahaja restoran itu sedikit bingit waktu itu.

"Gugurkan budak tu." Arah Hadi.

Dah sah Hadi ni dah gila!

"Aku rasa kau ni tak ada lah bodoh sangat Hadi. Bayi dalam kandungan Thalia tu dah nak masuk 8 bulan. Thalia sekarang ni tunggu masa nak bersalin je. Kalau kau ada sifat kemanusian, sedikit saja Hadi kau ada rasa kasihan dekat darah daging kau sendiri." Naqi cuba menyedarkan Hadi yang sudah tiada sifat keperimanusiaan.

"Sikit pun aku tak hairan. Sampai aku mati pun aku tak akan mengaku dia darah daging aku. Gugurkan budak tu dan hutang kau dengan aku lunas." Ugut Hadi lagi dan berlalu dari situ.

Naqi mengengam tangannya kuat. Hampir sahaja buku lima ini hinggap di muka Hadi. Tapi ditahan.

*

Hadi menumbuk-numbuk setereng kereta Hilux itu sekuat hati. Bengang.

"Kenapa kau susah sangat nak buat apa yang aku suruh!" Jerit Hadi. Kereta kancil di hadapan dipecut laju. Lembab!

"Hutang nyawa di bayar nyawa! Kenapa susah sangat kau nak bayar hah? Aku suruh kau bunuh budak tu. Bukan aku suruh kau bunuh adik kau macam mana yang kau buat kat adik aku!" Jerit Hadi lagi. Suaranya begitu nyaring bergema di segenap ruang kereta itu. Minyak di kaki di tekan kuat.

"Kau dah hilangkan satu-satunya adik aku! Sekarang kau kena terima pembalasan dari aku, Naqiuddin!" Hadi jerit seperti orang hilang akal. Dengan kelajuan kereta yang dipandu seperti orang mabuk. Hampir hilang kawalan nasib tangannya pantas mengawal setereng kereta.

Tetapi takdirNya tetap tidak berubah.

Dum!!!

Kereta yang di pandu oleh Hadi hilang kawalan apabila dia memandu kereta melawan arus disebabkan ingin mengelak dari berlanggar dengan kereta searus dengannya.

Berpusing kereta tersebut sebanyak sepuluh kali sebelum terbalik kerana terlanggar tembok pembahagi jalan.

Terkulai tubuh Hadi yang tercampak sejauh seratus meter dari keretanya. Darah mengalir di tubuhnya.

Orang ramai memberhentikan kereta dan melihat kejadian yang berlaku. Hanya beberapa orang sahaja yang memberi bantuan segera menghubungi pihak ambulans dan polis untuk dikejarkan ke hospital.

Hadi merasakan badannya sudah tidak terdaya. Dia terlalu lemah untuk melawan sakit. Seperti malaikat maut sedang mencabut nyawanya.

"Thalia... maafkan... aku..." mata Hadi tertutup rapat.




Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now