PART 10

16.3K 782 16
                                    

Puan Shaherah menghantar tetamunya itu naik ke bilik anak lelaki bujangnya.

Sejak kebelakangan ini anaknya itu tidak bermaya sahaja. Diam tidak banyak cakap seperti selalu.

" Nadine masuk ke dalam dulu jengok Naqi. Aunty turun ke dapur buatkan air." Nadine hanya mengangguk. Hati berdebar untuk melihat keadaan Naqi.

Pintu bilik dikuak dari luar. Mata mencari sesusuk tubuh lelaki itu. Tiada. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Bersepah.

Dengan majalah berteraburan di atas lantai. Kain baju kotor sudah dicampur bersama baju yang belum digunakan. Bakul tunggang terbalik. Cadar sudah lusuh bersama selimut yang tidak dirapikan.

Tangannya mencapai barang-barang yang bersepah itu untuk dikemas. Dibetulkan apa yang ditunggang terbalik oleh pemilik bilik ini.

Mata masih mencari tuan empunya bilik sementara tangan dengan pantas mengemas.

" Awak buat apa kat sini?" Satu suara yang lama tidak didengari oleh halwa telinganya menyapa.

Terkejut Nadine. Tangan diurut di dadanya.

Ternyata lelaki itu baru selesai mandi dengan baju sudah lengkap dipakai.

Tetapi diwajahnya nampak tidak kemas. Serabut dengan bulu-bulu di wajahnya. Berjambang.

" S-saya datang nak jumpa dengan awak. L-lama tak jumpa. Hai." Tergagap-gagap Nadine bersuara dan senyuman menyengih dihadiahkan kepada lelaki itu.

" Jannah suruh?" Soal Naqi.

" Ya eh tak." Gugup lagi.

" Sudahlah. Baik awak pergi balik." Naqi duduk di kaki katil dengan badan yang lemah.

" Kenapa ni?" Soal Nadine. Dia juga melabuhkan punggung di kaki katil bersebelahan Naqi.

" Kenapa apa?" Soalan dibalas soalan. Ini bukan tengah main soal menyoal untuk slot spontan era di dalam radio Era FM.

" Bilik bersepah. Wajah serabut tak kemas. Cuba tengok ni." Nadine berdiri dan mendepakan tangannya.

" Awak tak perlu ambil tahu. Pergilah balik."

" Macam mana saya boleh tak ambil tahu. Awak tu kawan saya. Sama macam Jannah. Masa saya 'putus cinta' awak yang selalu ada dengan saya. Awak yang beri nasihat pada saya. Hantar kata-kata semangat setiap hari sampai saya tak tahu nak balas apa. Dan sekarang awak cakap, saya tak perlu tahu apa dah jadi dengan awak. Saya rasa saya seorang kawan yang pentingkan diri sendiri." Nadine melepaskan nafas amarah dengan perlahan.

Apa dah kena dengan Naqi?

Naqi bangun dan menutup pintu biliknya dengan kuat. Langsir di balkoni diselak kasar. Pintu gelongsar dibuka. Angin meniup lembut. Selendang di pakai dibuai-buai lembut.

Naqi sudah bersandar di penghadang balkoni.

" Saya buntu."

Nadine hampir tergelak kecil.

" Sampai macam ni?"

" Awak tak tahu."

" Awak tak bagitahu macam mana saya nak tahu."

" Janji dengan saya awak tak akan bagitahu sesiapa. Jannah sekalipun? Promise?"

" Pinky promise" Nadine mengangkat tangannya seperti berikrar

" Girlfriend kawan baik saya dah terlanjur dengan kawan baik saya. Sekarang kawan saya tu dah hilangkan diri. Dan kekasih dia minta saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku." Nafas yang berat dilepaskan.

" Kenapa sampai boleh jadi macam ni? Bukan awak penyebabnya. Kenapa ada yang diheret dalam masalah mereka?"

" Saya tak tahu Nadine. Saya buntu. Saya malu nak keluar dari bilik ni. Apatah lagi nak berjumpa dengan sesiapa pun. Saya kena fikir cara untuk nenyelesaikan masalah ini."

" Awak tak perlu malu. Bukan salah awak." Nadine cuba menenangkan Naqi.

" Awak cakap senanglah. Yang menanggungnya saya." Suara Naqi sudah naik satu oktaf. Nadine sudah kecut.

" Saya akan tolong awak. Saya juga akan bertanggungjawab dengan apa dah berlaku." Nadine terasa dicabar.

Naqi meraup wajahnya yang serabut itu.

Tidak sengaja dia meninggikan suara kepada Nadine. Tetapi seolah-olah apabila dia menceritakan masalahnya kepada Nadine, masalahnya tetap sama. Masih belum diselesaikan.

" Jom, kita jumpa girlfriend kawan baik awak tu." Ajak Nadine.

Naqi mengeluarkan riak terkejut diwajahnya.

" Untuk apa?"

" Kata nak selesaikan masalah ni. Daripada awak duduk terperuk di falam bilik ni menyiksa zahir dan batin ada baiknya awak berdepan dengan masalah. Face it. Bukan lari."

" Awak pergi turun bawah dulu. Saya nak bersiap."

P/s : in advance part. Vote & comment to show your love & support this novel.

Thanking you,
irrafasra

Kawan Sampai Kahwin!Место, где живут истории. Откройте их для себя