PART 21

14.3K 620 30
                                    

Sorry. Yang ni baru update part 21. Dah tak suprise kan sebab dah terupdate masa tengah menulis tadi. Semoga terhibur!!


"Seriuslah kau langsung tak tergoda dengan perempuan tu?" Soal Faizul menahan gelak selepas mendengar cerita dari Naqi.

"Langsung tak." Balas Naqi geram. Ada ke gelak mengekek sampai macam tu.

Bukan tidak tergoda langsung. Tapi cuba untuk menahan diri dari tergoda. Gila apa! Kalau iman aku berterabur, nahas! Dah la Thalia tu tengah pregnant anak orang lain. Tak memasal bukan dapat pahala, dapat dosa adalah walaupun dia tu isteri aku yang sah.

Hari yang dia slow talk dengan Thalia dengan terpaksa beraksi seperti penggoda pun pertama kali dia pegang Thalia sebegitu.

"Jangan cakap kau suka lelaki kacak macam aku." Faizul melemparkan tomahnnya. Sakit perut menahan ketawa.

"Choi. Gila ke apa fikir aku macam tu. Dengan dia je aku tak tergoda. Dengan orang lain aku on je." Balas Naqi.

"Ecece. Bini sendiri kot. Eh, Nadine jadi tak join kita ni?" Soal Faizul apabila kelibat Nadine tidak muncul lagi.

"Dia cakap lambat sikit. Jumpa klien dulu sebelum datang ke sini."

"Naqi, kau mesti rindukan arwah kan?" Suaranya dikendurkan sedikit.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Sebab bila aku pandang Nadine, bercakap dengan dia seperti didepan aku adalah Amira. Nadine tu macam arwah Amira." Faizul memberi pandangannya.

"Nadine memang ada macam arwah Amira sikit. Tapi bagi aku, Nadine tetap Nadine. Aku tak akan sama kan Nadine dengan arwah Amira." Akur Naqi.

"Yelah. Mungkin sebab aku tak kenal Nadine secara dekat lagi. Eh, macam mana kau boleh ada kawan perempuan lagi ni? Setahu aku, lepas Amira pergi kau dah tak berkawan dengan perempuan." Soal Faizul pelik.

Dulu, kalau dikenalkan dengan perempuan cepat saja tolak mentah-mentah. Baru nak kenalkan nama dah cabut lari.

"Nadine ni kawan baik adik aku. Adalah satu babak ni yang mendekatkan aku dengan dia."

"Maknanya dia ni penganti Amira lah ya?"

"Siapa Amira?" Muncul suara Nadine. Kerusi dihadapan Naqi ditarik.

Kedua lelaki di meja itu terdiam.

"Haa.. sampai pun. Kitaorang nak chaw dah tadi." Usik Faizul padahal air yang dipesan tadi masih banyak.Soalan tadi dibiarkan berlalu.

"Sorry. Banyak kerja sikit sebab dapat klien cerewet." Ujar Nadine.

Naqi memandang Nadine yang beriak bersahaja. Nadine dan Amira mungkin nampak sama tetapi mereka tetap berbeza di pandangan mata Naqi.

Nadine melemparkan pandangan ke arah lain apabila perasan Naqi merenungnya. Pandanganya terpaku pada pintu restauran.

'Macam kenal.' Desis hatinya.

Lelaki itu pergi ke arah mereka. Mungkin dia tidak perasan. Tetapi sangkaan Nadine meleset. Lelaki itu berhenti di meja mereka bertiga duduk. Nadine melarikan pandangan. Pura-pura bermain dengan telefonnya.

"Hai Nadine." Sapa lelaki tadi.

Nadine mengeluarkan keluhan kecewa. Kenapa tegur aku!

Nadine mendongakkan sedikit kepala untuk melihat gerangan yang menegurnya walaupun sudah tahu empunya suara itu.

"Zharif?" Nak dan tidak keluar sahaja suara Nadine.

Naqi sudah memandang tajam ke arah Zharif. Faizul pula hanya memandang kosong tidak tahu menahu siap dihadiahkan senyuman lagi.

Kawan Sampai Kahwin!Место, где живут истории. Откройте их для себя