PART 18

14.2K 581 22
                                    

Telefon dilemparkan ke permukaan katil.

"Aku tanya dia buat tak layan aje. Kalau orang lain boleh pulak dia melayan. Ni tak habis cakap lagi dah off call." Bebel Thalia.

Nama sahaja duduk sebumbung, tetapi masa untuk berhubung jarang sama sekali. Sudah seminggu Naqi buat perangai. Keluar pagi balik malam. Dia tahu Naqi sengaja berbuat begitu untuk menjauhi dan mengelak dari mereka bertembung.

*

Pagi di majlis pertunangan Jannah, Ezyan begitu sibuk membantu penyiapkan persiapan untuk kawan baiknya itu.

Perasaan tidak selesa dengan sikap Naqi yang suka memerhatinya itu dibuang jauh supaya dia boleh fokus terhadap apa yang dilakukan.

"Bunga tangan dah siap?" Soal Kak Lily.

"Dah kak. Nadine buat simple aje. Lima batang bunga tulip pastu ikat guna ribbon warna pink." Nadine menunjukkan bunga tangan yang akan dipegang oleh Jannah di atas mini pelamin nanti.

"Wow, tangan orang seni ni buat apa pun cantik." Puji Kak Lily. Nadine hanya tersipu malu.

"Takde-lah kak. Nadine bersihkan diri dululah. Tukar baju. Nanti Nadine turun bawah nak touch up sikit pelamin." Nadine mencapai tuala sebelum menghilang ke bilik air di dalam bilik Jannah.

Selesai mandi Jannah sudah memakai baju untuk pertunangannya. Nadine pun cepat-cepat menyarungkan jubah moden berwarna merah jambu ke tubuhnya.

"Nadine! Cantik tak iolls?" Soal Jannah sambil menayangkan baju berwarna unggu mangis yang cantik tersemat ditubuhnya.

"Walla..." balas Nadine dengan simbol jari berbentuk 'ok'.

"Nadine, ajarkan aku lilit shawl." Pinta Jannah.

Jannah pakai tudung? Alhamdulillah, satu permulaan yang baik.

"Boleh." Balas Nadine dengan penuh keterujaan.

*

Mini pelamin diberi sentuhan terakhir. Lampu dinyalakan untuk menaikkan mood pertunangan.

"Thanks tolong Jannah siapkan persiapan semua ni." Satu suara menegur disebelahnya. Kepala ditoleh.

Naqi.

"Tak ada apalah. Sikit saja ni." Balas Nadine. Bantal kecil disusun cantik diatas kusyen bulat.

"Dulu awak tolong saya siapkan persiapan perkahwinan saya. Sekarang Jannah pula." Lelaki yang segak memakai baju melayu maroon dan seluar jeans di pandang. Seperti berjanji pula mereka. Selendang berwarna maroon yang dipakai Nadine menampakkan lagi kesepadanan mereka berdua.

"Jadinya fair and square lah saya tolong kawan saya."

"Kalau saya kahwin betul-betul mesti keluarga saya happy macam sekarang kan?" Ezyan terdiam dengan pernyataan Naqi.

Aku faham perasaan Naqi. Aku ada disisi dia masa kejadian itu berlaku. Aku tahu betapa serba salahnya diri dia untuk menghadapi semua ini tanpa pengetahuan dari keluarganya sendiri.

"Shhh... jangan cakap hal ni kat sini." Nadine mengingati Naqi.

Sejak kejadian malam semalam, aku mula terfikir. Aku terlalu mengikut perasaan. Terlalu pentingkan diri. Aku kena lupakan perasaan sendiri. Untuk apa aku rosakkan hubungan persahabatan aku dengan Naqi hanya kerana perasaan bodoh ini?

Baru terasa tidak matangnya diri ini. Dalam keadaan sekarang, Naqi perlukan kawan berbanding kekasih.

"Sorry." Ucap Naqi. Nadine memandang tepat ke matanya. Jelas riak kesal disitu.

"It's okay. Tolong ambilkan bunga tu." Nadine menunjukkan bunga disebelah Naqi.

Mini pelamin sudah siap di tatarias. Tetamu juga sudah semakin ramai yang hadir. Keluarga Jannah pula sudah sibuk melayan saudara-mara yang datang.

Setelah kedatangan pihak lelaki untuk membincangkan serba sedikit mengenai hari pernikahan antara Jannah dan Hairi, majlis diakhiri dengan jamuan makan.

Jannah dan Hairi sibuk melayan rakan wartawan mereka untuk ditemuramah. Nadine membiarkan mereka bersama Jannah. Naqi terperasan Nadine duduk keseorangan tanpa teman, Naqi mengajak Nadine untuk menjamu selera.

Memang layanan kelas pertama. Naqi tolong ambilkan makanan yang disediakan secara bufet. Kami makan berdekatan keluarga sebelah Naqi. Naqi ada memperkenalkan saudara-mara yang menjaganya ketika kecil dulu. Dan mereka mula menyakat Nadine dan Naqi. Membuatkan kulit muka Nadine seperti udang bakar.

Alhamdulillah, Selesai sudah majlis pertunangan Jannah. Jelas kelihatan Jannah begitu gembira sekali.

Setelah semua tetamu yang hadir sudah pulang, Nadine juga meminta diri untuk pulang. Cuma tinggal beberapa keluarga terdekat Jannah yang masih belum pulang lagi.

*

Nadine meluruskan badan ke atas tilam katilnya. Terasa jatuh semua lelah hari ini. Ini baru uruskan majlis orang. Bagaimana pula menguruskan majlis sendiri nanti.

Beep.

Menandakan pesanan dari Whatsapp masuk. Tetapi Nadine malas untuk membukannya. Mesej itu di biarkan begitu sahaja.

Dirinya perlu berehat. Mata dilelapkan.

*

Naqi mematikan nyalaan telefonnya. Sudah 15 minit berlalu menunggu mesejnya dibalas. Sudah tidur mungkin.

Beep.

Satu mesej masuk.

You dekat mana sekarang? Bila you balik? -Thalia.

Mahu saja telefonnya ingin di hempas. Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Mesej itu dibalas juga supaya dia tidak terusan diganggu.

I ada kerja sikit. Lusa baru I balik. -Naqi.

Kalau tidak dilayan, mula la buat perkara yang bukan-bukan perempuan ni.

Seminggu ini dia sibuk mencari Hadi. Naqi mengupah orang yang dipercayai untuk mencari Hadi. Sebelum Thalia bersalin dia perlu mendapatkan Hadi. Belum terlambat lagi untuk Hadi bertanggungjawab walaupun nama anak itu tidak di'bin'kan dengan namanya atau nama Hadi tetapi anak itu tetap dari benih Hadi.

Tidak dinafikan juga dia sebagai lelaki terkadang larut juga dengan aksi mengoda Thalia. Dan Naqi akan memarahi Thalia jika dia berpakaian menjolokkan mata.

Walaupun Thalia sah menjadi isterinya, tetapi haram jika dia menyentuh Thalia dalam keadaan Thalia yang sedang mengandung hasil dari benih yang lain. Sehinggalah anak itu dilahirkan.

Naqi meletakkan kedua tapak tangannya diatas dahi. Dia perlu memulihkan hubunganya dengan Nadine. Dia perlu mencari Hadi dan menyerahkan Thalia kepada Hadi semula.

Dan seterusnya biarlah Tuhan menentukan hubungan dia dan Nadine setakat mana. Dia tidak mahu menghadapi kehilangan buat kali kedua.

Mata dipejam.


---

Sorry lama menunggu part 18. I busy sikit minggu ni. Nasib dah siap draf sikit so bolehlah update hari ni.

Ada yang tanya Kawan Sampai Kawin dah habis ke?
Eh, belum habis lagi. Mungkin penamatnya sampai part 30. MUNGKIN.

Kalau boleh nak habiskan KSK tahun ni sebab tahun depan nak keluar cerita baru pulak. Dalam draf dah berhabuk menunggu giliran cerita baru nak keluar. (Boleh tengok profile utk tajuk cerita baru).

Ok last sekali, mestilah nak ucap terima kasih sebab jadi pembaca setia cerita-cerita saya walaupun kekadang lambat update. (Saya tahu, tapi tolong jangan kecam T.T) hehe.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now