PART 26

14.2K 675 20
                                    

Hari ini Naqi tidak masuk ofis. Dia ambil emengency leave (EL). Tidak tahu mengapa, hatinya berasa tidak enak. Lagi-lagi apabila Thalia mengadu sakit perut. Mungkin sakit perut biasa atau sakit perut melahirkan. Dia sendiri tidak tahu kerana tiada pengalaman langsung dalam hal sakit yang satu ini.

"Thalia..." panggil Naqi sambil membuka suiz TV.

Tiada sahutan.

Selalu kalau dipanggil ada sahutan. Naqi panggil lagi. Tetapi masih sama. Tiada sahutan.

Naqi berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik Thalia. Tiada sahutan. Tombol pintu dipulas. Nasib tidak berkunci dari dalam.

Mata mencari sesusuk tubuh Thalia di atas katil. Kosong. Hanya ada bantal dan selimut yang telah dikemas rapi.

"Thalia..." panggilan itu dikuatkan supaya dapat didengar oleh tuan empunya badan.

"Naqi..." Naqi mendengar namanya dipanggil lemah.

Naqi tercari-cari arah suara yang dipanggil. Mana pulak Thalia ni?

Naqi keluar dari bilik Thalia dan mula mencari segenap ruang yang ada di dalam kondo itu.

"Dapur..." jerit Thalia lemah.

Naqi yang pada masa itu ada di tandas terus meluru ke arah dapur.

"Ya Allah, Thalia!" Jerit Naqi resah sebaik sahaja sampai didapur melihat Thalia sudah terduduk sambil memegang perutnya.

"Sakit." Itu sahaja yang mampu dikeluarlan oleh mulut Thalia untuk meluahkan apa yang dirasai ketika itu.

"Nanti sekejap. I amik kunci kereta dan beg you. Kita pergi hospital." Kata Naqi panik.

Kunci kereta diambil di tempat gantungan kunci dan dia berlari anak masuk ke bilik Thalia untuk mengambil beg tangan Thalia pula.

Thalia di bangunkan dan dipapah perlahan keluar dari rumah. Selepas memastikan pintu dikunci, Thalia dicempung. Boleh tahan berat juga. Nasib ada lif. Sampai di lif badan Thalia diturunkan. Nasib kereta parking berdekatan dengan pintu lif. Tidak perlulah dia dan Thalia berjalan jauh.

Sesampai di sebuah hospital swasta di Damansara, Naqi secepat mungkin memanggil jururawat untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Selepas sudah didaftar semua, doktor yang merawat telah menempatkan Thalia di dalam sebuah bilik.

Doktor memaklumkan bahawa Thalia mengalami kesakitan bukan masa untuk melahirkan atau mengalami komplilasi. Thalia cuma kekurangan air dan badannya lemah. Ia boleh memberi kesan juga terhadap kandungannya.

"Encik perlu lebih memberi perhatian kepada isteri encik. Jangan memberi sebarang tekanan kepadanya. Masanya sudah dekat, tinggal dua minggu sahaja lagi." Doktor Ihsan menjelaskan punca Thalia sakit.

"Thalia tertekan? Stress?" Soal Naqi binggung.

Doktor Ihsan mengangguk.

"Perempuan mengandung memang mengada sikit. Kalau kita buat salah sikit, dia cepat terasa. Dia menjadi terlalu sensitif. Jangan bagi dia terlalu memikir. Jangan bagi dia risau dan tertekan. Dia berkongsi rasa dengan kandungannya. Sebab itu benda-benda seperti ini akan memberi kesan sekali kepada bayi di dalam kandungan." Panjang lebar doktor Ihsan itu menerangkannya.

Naqi mengeluarkan riak bersalah.

"Terima kasih doktor." Ucap Naqi dan bersalam dengan doktor yang merawat Thalia.

Di dalam kepalanya sudah bermacam-macam andaian. Thalia tertekan? Apa yang ada di dalam fikiran Thalia?

Pintu bilik yang menempatkan Thalia di hospital itu dimasuk. Kelihatan Thalia masih terbaring lemah di atas katil sakit itu dengan jarum yang mencucuk di tangannya berfungsi untuk memasukkan air di dalam badan Thalia. Matanya masih terpejam.

Kawan Sampai Kahwin!Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora