PART 27

14.1K 557 10
                                    

Nadine menyapu bedak compact dibawah matanya setelah bedak asas disapu bagi menutup sembab dimata. Nafas ditarik dan dihembus untuk membiarkan ketenangan masuk ke dalam diri.

Kaki melangkah keluar dari surau yang terletak di tingkat 3 hospital itu. Solat zohor telah ditunaikan. Hatinya menjadi lapang. Rasa rebah dihati dilawan dengan kaki yang kukuh hendak menapak ke hadapan.

Setelah berkira-kira mahu menuju ke mana, Nadine mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung dikerusi ruangan menunggu.

Skrin telefon di sapu untuk membuka kekunci. Satu pesanan Whatapps masuk.

From : Naqi
Mesej : Nadine, awak dekat mana? Thalia kata awak keluar sekejap.

Pesanan itu dihantar pada lima belas minit yang lalu. Segera pesanan dari Naqi itu dibalas.

To : Naqi.
Mesej : Saya pergi solat. Nanti saya datang semula.

Nadine membentukkan sebuah senyuman dibibirnya. Tidak tahu sejenis apakah senyumannya itu.

Diruangan itu riuh dengan tiga orang jururawat yang sedang rancak berborak. Biasalah, mungkin fe'el pelbagai ragam pesakit yang setiap hari mereka hadapi.

"Aku bukan apa, kesian tengok dia macam tu. Tak ada siapa yang datang melawat sejak hari pertama dia masuk ke sini." Kata Jururawat 1. Tangannya juga lincah merekod sesuatu di dalam fail.

"Mungkin keluarga dia tak ada siapa yang tahu." Kini Jururawat 2 pula memberi telahan.

"Aku bukan apa, hensem aku tengok pesakit tu. Takkanlah isteri atau kekasih sendiri tidak datang melawat." Balas Jururawat 1.

"Eh, sudahlah. Nanti lupa pulak nak bagi Pak Hamid makan ubat. Orang tua tu liat nak makan ubat." Jururawat 3 cuba meleraikan 'mesyuarat tingkap' mereka.

Dalam hati Nadine sudah tertanya-tanya. Siapakah pesakit yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga Jururawat tadi. Sakit apakah pesakit itu. Kalau aku ditempat dia, aku juga akan merasa sedih kerana tiada pelawat yang datang melawatku badan bertarung dengan nyawa.

Masa kita sakitlah kita boleh nampak siapa yang masih pedulikan kita. Kalau ada masa senang sahaja jangan pernah sudi dipanggil sehidup semati, sama-sama susah sama-sama senang.

Mata Nadine tertarik pada pintu bilik yang terbuka sedikit itu. Pintu bilik yang ketiga-tiga Jururawat tadi keluar dari situ. Seperti ada satu daya tarikkan, Nadine melangkah ke arah itu.

Tidak berani untuk masuk. Cermin kecil yang terdapat dipintu itu diintai. Kelihatan sekujur badan yang kaku dengan wayar-wayar yang berselirat ditubuh badan. Nafasnya dibantu dengan alat bantuan penafasan.

Pasti teruk kalau tidak masakan sampai begitu sekali jadinya.

"Cik ahli keluarga pesakit ke?" Satu suara menyapa mengejutkan Nadine. Nadine mengelengkan kepala kepada lelaki yang memakai kot berwarna putih yang dipercayai doktor di hospital ini.

"Pesakit ni tidak pernah dilawat. Maaf, saya sangkakan cik ni ahli keluarganya." Ujar doktor yang tertera nama di name tagnya Dr. Ihsan.

"Maaf saya tercuri dengar jururawat tadi cakap pesakit ni tak pernah dilawat dan keadaanya teruk." Balas Nadine berasa serba salah.

"Tidak mengapa. Cik datang melawat pesakit mana?" Tanya Doktor Ihsan ramah.

"Pesakit bernama Nur Nathalia. Dia pregnant tapi..." belum habis Nadine menerangkan Doktor Ihsan memotong terlebih dahulu kata-katanya.

"Oh, suami dia Encik Naqiuddin tu. Saya pun rawat pesakit tu juga."

Nadine hanya mengukirkan senyuman. Pandangannya dilemparkan semula kepada tubuh yang terlantar di dalam bilik itu.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now