PART 32

16.8K 632 21
                                    

Air mawar jatuh menyirami tanah kuburan yang masih merah itu. Tidak ramai yang hadir. Hanya keluarga terdekat arwah Thalia, Nadine dan Faizul. Selama dia menjadi suami kepada arwah Thalia, arwah memang tidak mempunyai ramai teman.

"Mama minta maaf, Naqi. Mama terlalu ikutkan hati yang tengah marak dengan amarah." Mama Thalia menyeka air mata dengan hujung selendangnya. Tampak riak kesal diwajahnya. Begitu juga dengan papa Thalia.

"Tak mengapalah mama. Thalia dah maafkan semua orang. Thalia juga sudah banyak berubah. Cuma tak ada rezeki mama dan papa untuk berjumpa dengan arwah sebelum arwah pergi. Naqi memang nak bagitahu mama dan papa lepas arwah Thalia melahirkan. Tapi, ajal dia yang sampai dulu. Naqi pun tak tahu perkara ni akan berlaku secepat ini.

"Terima kasih banyak-banyaklah, nak. Sudi bantu anak papa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya."

"Sama-sama, pa."

Ahli keluarga Thalia sudah beransur pulang. Kini tinggal Naqi, Nadine dan Faizul.

"Aku tunggu dekat kereta." Kata Faizul dan berlalu dari situ dengan membawa segulung tikar kecil.

Naqi memerhati Nadine dari belakang. Menunggu Nadine menghabiskan siraman air mawarnya.

Air mata Nadine diselindungi disebalik kaca hitamnya. Sebak rasa dadanya apabila mendapat khabar berita yang menyedihkan ini.

Setiap yang hidup, pasti akan merasa saat kematian.

Kata-kata itu menyedarkan dia ke alam realiti. Memang kita hidup untuk mati. Dan saat kita hidup, itu adalah peluang untuk kita mengumpul bekalan akhirat.

"Nadine, jom kita balik. Hari dah nak panas terik ni." Suara yang menyapa itu menyentak lamunan Nadine.

'Thalia, nanti Nadine datang melawat Thalia lagi. Semoga Thalia tenang di alam sana.' Ucap Nadine di dalam hati.

Lantas air mata diseka. Surat yassin dan jag air yang sudah kosong itu dicapai lalu bangkit dari duduknya.

Buat masa ni, Nadine memang tiada hati untuk bersua muka dengan Naqi.

"Nadine... tunggu!"

Lagi dipanggil, lagi cepat langkah Nadine. Pintu kereta dibuka dan ditutup dengan kasar.

"Bro, settle kat luarlah. Sini kan tanah perkuburan." Pesan Faizul.

"Jomlah balik." Ajak Naqi.

Seharian ni dia terlalu penat. Fizikal dan mentalnya diuji. Biarlah dia memberi ruang kepada Nadine. Mungkin Nadine memerlukan ruang dan masa untuk memaafkan dirinya.

Segera Naqi pulang ke rumah untuk membersihkan diri. Petang nanti dia mahu ke hospital semula untuk mengambil baby Naem.

Kemudian baru dia berfikir untuk bawa Naem ke mana memandangkan tiada siapa untuk menjaga bayi itu. Dia sendiri tidak mahir dan tiada pengalaman dalam melakukan kerja penjagaan bayi.

Dia akan cuba untuk menjaga bayi itu. Thalia sudah amanahkan dia untuk menjaga anaknya ini.

*

Naem sudah dibawa pulang ke rumahnya beberapa minggu yang lalu. Bayi itu elok tidak meragam. Cuma waktu dia lapar dan lampinnya sudah penuh, Naem akan mula merengek.

Naqi menjadi agak sedikit kelam kabut. Dia masih tidak cekap dalam menguruskan hal anak kecil.

"Bro, aku tak sempatlah nak masuk ofis hari ni. Tinggalkan saja kerja aku atas meja. Malam nanti aku ambil." Pesan Naqi kepada rakan kongsinya.

Bulan ini terpaksa dia mengambil banyak cuti. Di waktu malam baru dia berkesempatan untuk melakukan kerja-kerjanya. Memandangkan tiada siapa yang boleh menjaga Naem. Lagi pula Naem masih kecil. Masih dalam pantang lagi.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now