PART 14

14.5K 617 10
                                    

Detik yang didebarkan sudah tiba. Majlis pelancaran rekaan terkini butik Aury's dijalankan dengan sambutan baik oleh pihak media dan klien butik itu sendiri.

Hasil penat lelah selama ini terbayar dengan setapak kedepan sebagai seorang pereka fesyen. Wartawan yang diundang juga adalah atas kerjasama Jannah, iaitu salah seorang model butik itu.

Inilah untung orang yang punyai rakan dalam bidang penyiaran. Sambil menyelam minum air. Tetapi bukan bermaksud kita boleh mengambil kesempatan dengan kelebihan orang lain.

Nadine berdebar menunggu giliran namanya diumumkan. Tangannya masih sibuk membetulkan baju rekaannya ditubuh model.

"Nad, aku ok tak ni?" Soal Jannah yang dua kali ganda berdebar dari Nadine.

"Ok cun. Jalan depangkan dada jangan pandang orang. Ibarat kau berjalan dihadapan cermin. Buat tak taw je dengan orang yang berada di bawah stage tu. You can do it, dear!" Nadine memberi kata-kata semangat buat Jannah. Jannah tersenyum gementar.

"Sorry late." Satu suara garau menyapa telinga Nadine dan Jannah.

Nadine dan Jannah menoleh kearah suara yang menyapa. Kemudian Nadine memandang Jannah.

"Dia yang nak ikut. Sumpah!" Jannah mengangkat lima jarinya separas bahu.

Nadine mengorak senyuman. Tidak sangka Naqi akan datang fashion show ni. Sejak Naqi sudah berkahwin, Nadine mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Naqi. Lagi-lagi apabila terserempak dengan pengantin baru itu kelihatan mesra.

"It's okay, Naqi. You boleh duduk dekat kerusi kosong depan stage nanti." Balas Nadine cuba membuang perasaan jauh hati.

"Okay guys. Are you ready?" Nadine menepuk-nepuk tangannya untuk mengambil perhatian.

***

"I tak sangka you datang. Thalia sihat?" Selepas habis fashion show tersebut, mereka bertiga keluar minum sebelum pulang ke rumah masing-masing. Kebetulan waktu itu Jannah ke tandas.

"Sa-saya dapat tahu dari Jannah. Dia kata jadi model untuk fashion show awak. Kenapa tak bagitahu?" Jawab Naqi dengan kekok. Kekok apabila Nadine menggunakan I-you dengannya.

"I ingat you busy. So, I tak nak kacau you." Balas Nadine.

"Kenapa saya rasa awak macam nak jauhkan diri dari saya, Nadine? Why? Let me know. Cakap pun sekarang dah I-you." Naqi sudah tidak mengerti dengan Nadine. Sejak kebelakangan ini seperti mahu mengelak darinya.

Jantung Nadine berdegup laju dengan soalan yang ditanya oleh Naqi walaupun nada lelaki itu masih seperti biasa.

"Sa-saya busy dengan fashion show." Alasan yang dirasakan munasabah buat masa sekarang.

"Ok. Tapi kalau apa-apa let me know. Jangan diamkan diri." Kata Naqi yang berbau peringatan.

Nadine hanya menganguk.

"Hey kenapa krik krik je ni? Selalu jumpa macam murai tercabut ekor." Jannah yang baru muncul dari tandas menegur.

Nadine menghabiskan minumannya. Naqi menguak rambutnya je belakang.

"Jom balik. Dah lewat ni." Naqi mengajak pulang.

Jannah tercenggang.

***

Sejak dari itu Naqi mula menghantar pesanan ringkas kepada Nadine tetapi hanya dibalas endah tak endah.

Dia tidak mahu hubungan antara Naqi dan Thalia yang baru mula menerima antara satu sama lain menjadi rosak disebabkan dia.

Buat sementara ini, lebih baik dia begitu. Nadine risau jika perasaan Thalia tidak stabil, bayi di dalam kandunganya akan turut terganggu.

"Nadine nak masak apa ni?" Soal ibunya apabila melihat Nadine mencari barang di dalam almari dapur.

"Nadine teringin nak makan puding karemal. Tu yang Nadine tengah cari bahan-bahan nak buat. Ibu susu cair ada lagi tak?" Soal Nadine sambil tangan sibuk mengeledah isi perut peti sejuk.

"Dah habis. Nadine pergi pasarayalah, boleh beli barang dapur sekali. Ibu penatlah nak berehat hari ni." Suruh ibunya.

Nadine hanya mengangguk lalu masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian.

Nadine meneliti senarai barangan yang dipesan oleh ibu. Tinggal beberapa jenis barang lagi yang perlu dicari. Ayam crispy? Aik sejak bila ibu makan benda macam ni. Ni mesti kes malas nak masak. Ibu-ibu, dah tua-tua pun masih lagi nak bekerja. Katanya sayang kalau berhenti sebelum pencen.

Berdentum!

Nadine terlanggar troli di depannya apabila sibuk mencari jenama untuk ayam crispynya.

"Sorry kak." Ucap Nadine.

"Nadine?" Orang yang dilanggar tadi meneka namanya.

Nadine mengangkat wajahnya. What the small world? Jumpa lagi masa tengah membeli barang.

"Hai." Nadine menyapa dengan nada suara terkejut dan malas sebenarnya mahu menegur.

"Banyaknya you beli barang? Nak masak apa?" Soal Thalia apabila melihat troli Nadine penuh dengan barangan.

"I nak masak puding karemal. Lepas tu my mom kirim beli barang-barang ni semua." Jelas Nadine.

"Puding karemal? Nadine I memang tengah craving gila dengan puding caremal. Boleh tak you ajar I buat puding karemal. Itu pun kalau you free lah." Pinta Thalia sambil mengusap-usap perutnya.

Dalam hati memang dia malas nak layan kehendak Thalia tu. Tapi jauh disudut hati dia kesiankan Thalia apabila Thalia mengusap-usap kandungannya.

"Err boleh."

"Ok kalau macam tu kita terus balik rumah I lah." Putus Thalia.

Rumah dia?

"Habis barang-barang I?" Soal Nadine apabila melihat barangan basah didalam trolinya.

Thalia terdiam sambil memikirkan sesuatu. Suka membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan dahulu. Contohnya, yang ada dalam perut tu.

Ya Allah, Nadine! Tak baik pandang buruk dekat orang. Kau tu pun bukan baik sangat. Cepat-cepat Nadine beristighfar.

"Macam ni lah. I balik dulu hantar barang-barang I. Rumah I dekat-dekat sini je. You tunggu kat depan pintu masuk Tesco tu nanti."

Thalia hanya mengangguk dengan mata bercahaya.

Sampai sahaja di sebuah kondo, mata Nadine terbeliak. Ya Tuhan, ni rumah ke tempat pengumpulan barangan. Bersepah dengan kusyen ada yang atas lantai. Cawan-cawan yang belum dibasuh tersusun atas meja.

"Sorry, Nadine. Rumah I bersepah sikit. I dah suruh Naqi hire pembantu rumah tapi dia tak nak inilah jadinya." Kata Thalia sambil tangan sibuk mengutip cawan.

Naqi? Ini ke rumah yang dimaksudkan Jannah? Ini rumah Naqi?

"Takpe. Nak I tolong?" Nadine menawarkan diri menjadi sukarelawan.

"Err you tolong susunkan kusyen boleh? I nak basuh pingan dulu." Lincah tangan Nadine menyusun siap tolong menyampu sampah lagi. Ni kalau rajin sikit lagi boleh tolong siapkan mop lantai. Tetapi memandangkan ini bukan rumahnya jadi dia tidak melakukannya.

Tuk! Tuk ! Tuk!

Pintu utama diketuk dari luar.

"Nadine! Tolong bukakan pintu." Jerit Thalia dari dapur.

Nadine hanya menurut. Pintu dibuka.

Alamak! Naqi dah balik. Perkara yang paling dia mahu elak adalah bersua muka dengan lelaki itu.

Raut wajah Naqi juga menunjukkan riak terkejut dengan kehadiran Nadine di rumah itu pada hari ini.

------------
Author Note:-
Tengah gigihkan diri nak habiskan cerita ni sampai tamat dalam tahun ni. Thanks a lot for your supporting. Stay vote and comment for me.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now