Extra Note

12.3K 303 20
                                    

Assalamualaikum & hai !!

Tujuan saya upadate Extra Note adalah untuk :-

[1] Terima Kasih,
Saya nak ucap terima kasih kepada pembaca setia karya saya terutamanya untuk Kawan Sampai Kahwin ni. Terima kasih kerana anda menghargai hasil penulisan saya dengan menekan 'vote' & 'comment'. Walaupun saya 'paksa' anda untuk melakukan itu (hahaha) tapi itulah cara saya untuk mendapatkan semangat dari anda. Supaya saya tak syok sendiri menulis cerita merepek-repek. Kekalkan sokongan anda untuk saya!

[2] Epilog
KSK pun dah nak sampai penamat, lagi beberapa bab lagi. Kalau saya rajin menulis, memang bulan Januari ni dah boleh habis. Tetapi saya ni jenis menulis menunggu mood datang. Berkurun pulak tu mood tu nak mai datang. So, mungkin awal bulan Februari pula targetnya (hahaha gelak kat diri sendiri).

Jadi saya nak anda beri pandangan terbuka untuk Kawan Sampai Kahwin. Bagitahu saya apa yang anda nak tahu dalam cerita ni? Apa yang bersarang di dalam benak fikiran anda? Sila komen diruangan 'comment'.

Saya nak leraikan kekusutan anda. Cerita sini habis sini. Lepas ni nak buka cerita baru pula. Lol!

[3] Sebuah Novel
Pada pandangan jujur, jika suatu hari nanti, jika diizinkan Allah, cerita ini dikeluarkan di dalam bentuk sebuah novel adakah ianya masih menarik minat anda untuk membeli & membacanya? (Sudah semestinya jalan cerita akan diubah menjadi lebih menarik)

Tinggalkan komen dan pandangan anda. Saya tanya anda jawablah
:')

Best regard,
Irrafasra

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now